Page 50 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 50

Teknik lakuan

            Bolos gawang



            Kemahiran Menjaring

            Kemahiran menjaring merupakan kemahiran yang amat penting bagi seseorang pemain bola
            baling untuk mendapatkan jaringan dan seterusnya mencapai kemenangan. Terdapat pelbagai cara
            yang boleh digunakan untuk menjaringkan gol. Antaranya jaringan atas kepala, jaringan lantun,
            jaringan junam dan jaringan sisi. Ketika membuat jaringan, daya diperlukan bagi menambah
            kelajuan bola, kekuatan balingan dan ketepatan sasaran. Prinsip utama dalam kemahiran menjaring                                                                                                                        Kategori Serangan
            ialah keyakinan diri, keseimbangan, penumpuan, menepati sasaran dan kecekapan mencari
            ruang kosong.
                                                                                                                                 Jaringan atas kepala.          Jaringan lantun.            Jaringan junam.
                                                                                 Murid boleh
     Kategori Serangan
                                                                                menggunakan
                                                                              pelbagai kemahiran                                         Saya menggunakan
                                                                                  menjaring.                                            jaringan atas kepala
                       Cara bermain:                                                                                                  untuk menjaringkan gol.

              1.  Murid-murid dibahagikan kepada dua
                  kumpulan berenam.
              2.  Murid  boleh  menggunakan  semua
                  kemahiran untuk menjaring dalam
                  permainan bola baling.
              3.  Semasa menjaringkan gol, murid tidak
                  boleh melepasi kawasan D pasukan lawan.
              4.  Kumpulan yang menjaringkan gol terbanyak
                  dikira pemenang.



              Peringatan:

             1.  Lakukan senaman memanaskan badan
                 sebelum memulakan setiap aktiviti dan
                 menyejukkan badan selepas menamatkan                                                                                                                                   Saya akan
                 setiap aktiviti.                                                                                                                                                     menggunakan
             2.  Pastikan kawasan permainan selamat.                                                                                                                              hantaran lantun untuk
                                                                                                                                                                                    membuat jaringan.





                         Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:

                         1.  Menambahkan tahap kesukaran jaringan dengan
                             menggunakan gelung yang digantung pada
                             gawang gol.                                                                                                                                                          Apakah aspek kemahiran
                         2.  Murid boleh menggunakan semua kemahiran                                                                                Gawang – Tempat untuk                         motor untuk mendapatkan
                             bola baling semasa bermain.                                                                                            menjaringkan gol.                             ketepatan jaringan?


           42         SP: 1.3.5, 2.3.5, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.2,                                                                                                                                                       43
                      5.2.4, 5.3.1, 5.4.1
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55