Page 82 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 82

tepat sasaran                                                                                                      Teknik lakuan



            Kemahiran memukul dan menahan bola

            Kemahiran memukul bola penting bagi memastikan bola yang dipukul melepasi jarak yang
            mampu ditangkap oleh kumpulan lawan. Jarak pukulan bola yang jauh memberi peluang
            kepada pemain mendapatkan larian (skor). Terdapat beberapa kemahiran memukul bola dalam
            permainan kriket seperti kemahiran menahan, pukulan deras dan pukulan kilas.                                                                                                                                           Kategori Memadang



                       Cara bermain:                                                                                                                                                                  Menahan bola.

              1.  Murid-murid dibahagikan kepada dua                                                                           1            2           3            4            5
     Kategori Memadang
                  kumpulan berlima.                                                                                                            Memukul bola.
              2.  Kumpulan pertama sebagai pemukul dan
                  kumpulan kedua sebagai pemadang.
              3.  Seorang daripada murid akan melakukan
                  kemahiran memboling.
              4.  Pemukul memukul bola dan berlari ke
                  arah marker.
              5.  Satu mata diberikan apabila pemukul
                  berjaya sampai ke marker.
              6.  Pemadang akan menghalang pemukul
                  daripada mendapat mata dengan memadang
                  bola (membaling dan menangkap) antara
                  satu sama lain sehingga semua pemadang                                                                                                                                              Pukulan kilas.
                  berjaya menangkap bola.
              7.  Pemukul dianggap "mati" sekiranya bola
                  pukulan ditangkap atau dihantar kepada
                  penjaga wiket sebelum pemukul tiba di               Saya perlu
                  marker masing-masing.                           memukul dengan
                                                                    kuat dan terus
              8.  Apabila semua pemukul sudah mendapat             membuat larian.
                  giliran untuk memukul, kumpulan
                  bertukar peranan.
              9.  Kumpulan yang mengumpul larian
                  terbanyak dikira pemenang.


              Peringatan:                                                                                                                        Saya bersedia untuk
                                                                                                                                                   menangkap bola
              1.  Lakukan senaman memanaskan badan                    Beri tumpuan pada                                                            daripada rakan.
                  sebelum memulakan setiap aktiviti dan                bola yang datang
                                                                       untuk melakukan
                  menyejukkan badan selepas menamatkan                pukulan yang baik.
                  setiap aktiviti.                                                                                                         Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:
              2.  Pastikan kawasan permainan selamat.                                                                                      1.  Menambah bilangan murid dalam setiap kumpulan.
                                                                                                                                           2.  Membesar atau mengecilkan kawasan permainan.           Pukulan deras.
           74         SP: 1.6.1, 2.6.1, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.4,                                                                                                                                                       75
                      5.3.2, 5.4.1
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87