Page 174 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 174

166






               12.  Memberi perhatian kepada keperluan khas yang merangkumi aspek fizikal dan psikososial
                     atlet murid.
               13.  Memastikan atlet murid yang menerima aliran intravena perlu menepati regim mengikut
                     arahan.

               14.  Bertanggungjawab memberi rawatan awal bagi kes-kes kecemasan.
               15.  Membantu penolong pegawai perubatan semasa menjalankan pemeriksaan terhadap atlet
                     murid.
               16.  Menentukan  dokumentasi  dan  pengumpulan  data  dijalankan  dengan  tepatnya  dan
                     mengambil langkah untuk memperbaiki perkhidmatan.
               17.  Membuat tempahan makanan bagi atlet murid yang berada di bilik rawatan dan atlet murid
                     yang mendapatkan rawatan di hospital/klinik luar.
               18.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.




                            HM73 | Penolong Jurutera (Sekolah Sukan Malaysia)

               1.    Mengurus dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang kerosakan dan menentukan
                     kaedah kerja pembaikan kerosakan peralatan dan sistem yang berkaitan.
               2.    Mengurus dan menyediakan kemudahan peralatan teknikal yang berkaitan jika diperlukan.

               3.    Mengurus  pembelian  alat  ganti,  pertukangan  dan  peralatan  yang  berkaitan  serta
                     perkhidmatan.
               4.    Menyediakan anggaran kos dan spesifikasi kerja dalam dokumen sebut harga untuk kerja-
                     kerja pembaikan, penyelenggaraan mengikut pelan dan spesifikasi yang ditetapkan.
               5.    Mengatur,    menyelia    dan    mengawasi      pelaksanaan    kerja-kerja   pembaikan,
                     penyelenggaraan,  projek  kecil  dan  pembangunan  mengikut  pelan  dan  spesifikasi  yang
                     ditetapkan.
               6.    Membantu  menyediakan  laporan  status  pelaksanaan  kerja-kerja  pembaikan,
                     penyelenggaraan,  projek  kecil  dan  pembangunan  yang  berkaitan,  sedang  dan  telah

                     dilaksanakan.
               7.    Membantu  memeriksa  dan  mengesahkan  tuntutan  bayaran  oleh  pihak  kontraktor
                     berkenaan  pelaksanaan  kerja-kerja  pembaikan,  penyelenggaraan,  projek  kecil  dan
                     pembangunan yang berkaitan.
               8.    Mengemaskinikan  dokumen  berkaitan  kerja-kerja  pembaikan,  penyelenggaraan,  projek
                     kecil dan pembangunan serta merekod pendaftaran lesen kontraktor dan menilai prestasi
                     kerja kontraktor yang berkenaan.
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179