Page 176 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 176

168






               5.    Mengumpul dan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan kajian post occupancy
                     bagi  projek-projek  yang  telah  disiapkan  dan  diserahkan  kepada  pelanggan  bagi  tujuan
                     penanda aras dan penambahbaikan yang berterusan.


               (C) WORKSHOP AUTOMATIF (Bidang Mekanikal)
               1.    Menyelaraskan  pengujian  dan  pemeriksaan  kenderaan  baharu  untuk  jabatan-jabatan
                     kerajaan, kenderaan terpakai untuk nilaian harga rizab kenderaan dan pinjaman kewangan
                     kerajaan bagi pegawai kerajaan.
               2.    Membuat anggaran visual dan anggaran kos pembaikan kenderaan jabatan kerajaan yang
                     terlibat dengan kemalangan dan penilaian harga lelong serta lucut hak kenderaan.
               3.    Melaksanakan  pemeriksaan,  penyelenggaraan  dan  pembaikan  kenderaan  dan  loji
                     mengikut jadual yang ditetapkan.




                    HM74 | Penolong Pegawai Perubatan (Sekolah Sukan Malaysia)

               1.    Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit yang ringan.
               2.    Preskripsi ubatan mengikut diagnosis.
               3.    Merujuk atlet murid ke klinik atau hospital luar jika perlu.

               4.    Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan.
               5.    Memberi rawatan awal bagi kes-kes kecemasan.
               6.    Standby Medical Team.
               7.    Membuat inventori peralatan kelengkapan perubatan dan bukan perubatan.
               8.    Mengurus pembelian stok ubatan dan barangan klinik.
               9.    Mematuhi kaedah kawalan jangkitan dan teknik pengasingan diamalkan dengan cara yang
                     betul seperti standard precaution.
               10.  Memberi rawatan kepada pesakit asma mengikut garis panduan yang ditetapkan.
               11.  Mengambil,  mencatat  dan  menaksir  pemerhatian  penting  termasuk  vital  signs  dan

                     melaporkan dengan segeranya jika terdapat keadaan luar biasa.
               12.  Menentukan  dokumentasi  dan  pengumpulan  data  dijalankan  dengan  tepatnya  dan
                     mengambil langkah untuk memperbaiki perkhidmatan.
               13.  Menyediakan ubat-ubatan/suntikan mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan.
               14.  Mengiringi atlet murid ke hospital jika perlu.
               15.  Menentukan  dokumentasi  dan  pengumpulan  data  dijalankan  dengan  tepatnya  dan
                     mengambil langkah untuk memperbaiki perkhidmatan.

               16.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181