Page 175 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 175

167






               9.    Membantu      membuat     perancangan     tahunan    bagi    permohonan     peruntukan
                     penyelenggaraan,  projek  kecil  dan  pembangunan  yang  berkaitan  kepada  pihak
                     pengurusan.
               10.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


               (A) BIDANG PENGKHUSUSAN AWAM
               1.    Menerima     aduan    kerosakan,     melaksanakan     kerja-kerja   pemeriksaan     dan
                     penyelenggaraan  pembaikan  berdasarkan  laporan  pemeriksaan  yang  dijalankan  dan
                     melaksanakan penyelenggaraan berkala bangunan dan kemudahan fizikal.
               2.    Merancang, menyelia, mengurus dan menjalankan kerja-kerja berkaitan peralatan teknikal,
                     pembelian alat ganti, pertukangan, peralatan berkaitan perkhidmatan dan menyediakan
                     anggaran kos.
               3.    Memeriksa, menyelenggara dan memastikan tangki air, saluran paip pili, sinki, flush, paip

                     tandas dan sistem pembetungan dan tangki septik/kumbahan sentiasa berfungsi dengan
                     baiknya.
               4.    Menyelia  dan  mengawasi  pelaksanaan  kerja  pembaikan,  penyelenggaraan  dan  projek-
                     projek kecil.
               5.    Membantu menyediakan laporan status pelaksanaan kerja, mengemaskinikan dokumen
                     berkaitan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, projek kecil dan pembangunan.
               6.    Membantu      membuat     perancangan     tahunan    bagi    permohonan     peruntukan

                     penyelenggaraan projek kecil dan pembangunan.
               7.    Menyelenggara dan memastikan perabot dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

               (B) PENGURUSAN ASET/ SELENGGARA
               1.    Menyelaraskan dan menyelia dalam aspek pengurusan aset (penerimaan, pendaftaran,
                     penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan
                     hapus kira).
               2.    Menyelaraskan  dan  menyelia  penyedian  laporan  harta  modal,  inventori  dan  laporan
                     pelupusan aset alih kerajaan.

               3.    Menyelaraskan, mengawas atau melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. pembaikan,
                     penggantian dan pemasangan (skop kerja awam/mekanikal/elektrik) bagi dalam dan luar
                     bangunan.
               4.    Membantu menjalankan kerja-kerja forensik bagi aduan kerosakan struktur bangunan atau
                     membantu  jabatan/agensi  yang  terlibat  dalam  penyiasatan  forensik  tersebut  termasuk
                     memastikan  tarikh  lawatan  tapak  dan  maklumat  lain  berkaitan  untuk  tujuan  laporan
                     penyiasatan di tapak.
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180