Page 178 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 178

170






               (D)    ASPEK LATIHAN
                     1.    Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet, pemakanan sihat kepada Penyelia
                           Asrama dan kakitangan dewan makan.
                     2.    Memberi  tumpuan  kepada  memperkembangkan  lagi  bidang  pemakanan  sukan

                           secara  pengkhususan  supaya  selaras  dengan  perkembangan  sains  sukan  dan
                           pemakanan yang terkini.
                     3.    Memastikan  atlet  murid  memahami  tentang  penjagaan  diet  dan  menghadiri    janji
                           temu seterusnya untuk pemantauan dan penilaian seterusnya.

                     PEGAWAI DIETETIK GRED U44

               (A)   ASPEK PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN.
                     1.    Mengurus  operasi  dan  tatacara  pentadbiran  unit  mengikut  garis  panduan  dan

                           piawaian yang ditetapkan.
                     2.    Melaksanakan  pembelian  makanan  tambahan  mengikut  tatacara  perolehan  yang
                           ditetapkan.
                     3.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.

               (B)  ASPEK DIETETIK KLINIKAL.

                     1.    Melaksanakan  langkah-langkah  dalam  nutrition  care  process  seperti  nutritional
                           assessment, nutrition diagnosis, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap atlet
                           murid yang dilihat.
                     2.    Melaksanakan analisis komposisi tubuh (Indeks Jisim Tubuh, peratusan serta jisim
                           otot  dan  lemak)  menggunakan  peralatan  yang  sesuai.  (contohnya:  Inbody  170,
                           Tanita, Skinfold Caliper dll)
                     3.    Memberi  konsultasi  diet  kepada  atlet  murid  secara  individu  (spesifik)  atau
                           berkumpulan merangkumi pelbagai topik pemakanan prestasi sukan.
                     4.    Memberi ceramah pemakanan kepada atlet murid sebagai persediaan menghadapi

                           pertandingan dan pemulihan kecederaan.
                     5.    Memberi panduan dan menjadi rujukan kepada atlet murid dalam menentukan saiz
                           porsi makanan secara hands on dan berterusan semasa waktu sarapan pagi dan
                           makan tengahari atlet murid di dewan makan asrama.
                     6.    Memberi konsultasi diet kepada atlet  kelainan upaya (paralimpik) spesifik kepada
                           atlet kategori OKU kepada kakitangan sekolah.
                     7.    Menjadi  pakar  rujuk  berkaitan  makanan  tambahan  untuk  atlet  murid  (terutama

                           berkaitan bahan terlarang di dalam makanan tambahan)
                     8.    Melaksanakan ujian hidrasi mengikut keperluan sukan.
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183