Page 183 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 183

175






               3.    Mengingatkan guru dan murid supaya menjaga kebersihan, memastikan bilik-bilik darjah
                     disapu, sampah – sarap dibuang serta lampu dan kipas/tingkap ditutup sebelum tamat sesi
                     persekolahan.
               4.    Mengawasi  disiplin  murid  di  luar  waktu  belajar  seperti  waktu  rehat  dan  waktu  sebelum

                     loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera
                     dan munasabah (jika perlu).
               5.    Mengawasi  kebersihan  bilik-bilik  darjah,  tandas,  kantin,  bilik-bilik  khas  dan  kawasan
                     sekolah.
               6.    Memastikan murid mengikut peraturan semasa membeli makanan di kantin.
               7.    Mengurus murid yang sakit dengan memaklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan
                     rawatan bagi murid tersebut.
               8.    Memastikan surat pengesahan murid dan nama murid direkodkan sebelum ke hospital.
               9.    Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang dari sekolah serta waktu rehat.

               10.  Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah.
               11.  Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu
                     persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:
                     a.    Rumusan guru tidak hadir
                     b.    Rumusan murid sakit dan murid pulang awal
                     c.    Laporan perhimpunan rasmi dan pengumuman dalam perhimpunan harian
                     d.    Laporan pemerhatian guru bertugas

                     e.    Hal-hal lain
               12.    Memastikan perhimpunan rasmi berjalan lancar mengikut tatacara perhimpunan yang telah
                     ditetapkan oleh pihak sekolah.
               13.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


                                PM03 | Penyelaras Program Pendidikan Khas
                                           Integrasi Lantikan Dalaman


                      RUJUKAN
                   i.    Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi , KPM 2015

               1.     Portfolio  Penyelaras  Program  Pendidikan  Khas  Integrasi  Lantikan  Dalaman
                      (PPPKILD (PM03)) diwujudkan bagi sekolah yang bilangan kelas PPKI kurang daripada
                      4 buah kelas bagi melaksanakan tugas Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (HM06).
               2.     Tugas PPPKILD (PM03) bukanlah sepenuh masa sebagaimana Guru Penolong Kanan

                      Pendidikan Khas (HM06) kerana fokus utama masih kepada tugas PdP.
               3.     Waktu mengajar PPPKILD (PM03) boleh dikurangkan atas budi bicara PGB.
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188