Page 184 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 184

176






               4.     Tugas yang dilaksanakan oleh PPPKILD (PM03) boleh dirujuk pada tugas Guru Penolong
                      Kanan Pendidikan Khas (HM06).
               5.     Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.




                              PM04 | Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan

                      RUJUKAN
                   i.     Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005 : Menyokong Dasar Latihan Sumber  Manusia Sektor
                       Awam (DLSMSA)
                  ii.     Garis Panduan Sistem Pengurusan Latihan KPM dalam SPLKPM, Bahagian Pendidikan Guru
                       Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2014
                  iii.     Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2019  : Dasar Latihan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan
                       Malaysia
                  iv.     Surat Pemberitahuan Perkhidmatan Awam Bil 3/2019 : Skim Latihan dalam Perkhidmatan dalam
                       Negeri.

               1.    Memastikan  semua  maklumat  guru  dan  AKP  dalam  SPLKPM  yang  diperoleh  dari  data
                     e-Operasi adalah betul.

               2.    Mendaftar  maklumat  semua  latihan  yang  akan  dijalankan  di  peringkat  sekolah  dalam
                     SPLKPM melalui Modul SULDP.
               3.    Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLKPM kepada semua guru.
               4.    Memastikan  semua  guru  mengisi  Instrumen  Analisis  Keperluan  Latihan  (Training  Need
                     Analysis - TNA) melalui Modul Individu.
               5.    Mencalonkan peserta bagi latihan yang ditawarkan di peringkat PPD.
               6.    Mengurus, menyemak dan menyokong Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review
                     (BR) yang didaftarkan oleh guru menerusi Modul Individu secara atas talian.
               7.    Memantau,  merekodkan  dan  mengemukakan  laporan  pelaksanaan  serta  perbelanjaan

                     latihan secara sistematik :
                     a.    Laporan dikemukakan pada awal bulan Julai dan Disember setiap tahun.
                     b.    Latihan menggunakan peruntukan sedia ada.
               8.    Membuat penilaian keberkesanan latihan.
               9.    Mengemaskinikan senarai warga kerja dan maklumat latihan yang diperlukan dalam sistem
                     pengurusan latihan.
               10.  Memastikan  setiap  pegawai  mengemukakan  sijil/dokumen/laporan  kursus  bagi  tujuan

                     pengesahan kehadiran.
               11.  Memantau prestasi kehadiran latihan menerusi sistem pengurusan latihan.
               12.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189