Page 188 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 188

180






               10.  Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan
                     hubungan  kerja  yang  boleh  membantu  bagi  mencapai  matlamat  pengajaran  dan
                     pembelajaran.
               11.  Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia

                     di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.
               12.  Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan
                     murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
               13.  Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan
                     mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.
               14.  Menyelenggarakan  fail-fail  panitia  dan  semua  minit  atau  laporan  mesyuarat,  surat
                     menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
               15.  Mengurus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk ahli-ahli panitia.
               16.  Memastikan semua ahli panitia mendapat maklumat terkini tentang mata pelajaran masing-

                     masing.
               17.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.



                                   PM08 | Setiausaha Peperiksaan Dalaman


                     RUJUKAN
                 i.     Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 1/2014 : Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
                ii.     Pelaksanaan Penggunaan Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Dalam Toolkit Pembangunan
                     Sekolah  Bagi  Program  Pembangunan  Sekolah  Di  Bawah Bidang  Keberhasilan  Utama Negara  (NKRA)
                     Pendidikan, (KPM.NKRA.100-15/1/1Jld.4(17) bertarikh 7 Jun 2011

               1.    Menyediakan  jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah
               2.    Menyelaraskan dan mengedarkan jadual pembina item serta penyedia kertas soalan.

               3.    Mengurus  percetakan,  pembahagian,  dan  tempat  menyimpan  kertas  soalan  dan
                     memastikan keselamatannya.
               4.    Memastikan kertas-kertas soalan dan peraturan permarkahan disahkan oleh Ketua Panitia
                     dalam masa yang ditetapkan.
               5.    Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas soalan yang telah dicetak.
               6.    Memastikan  kertas  soalan  diedarkan  kepada  guru  pengawas  peperiksaan  sebelum
                     peperiksaan dijalankan.
               7.    Memastikan  jadual  waktu  penandaan  kertas  jawapan  mengikut  jangka  masa  yang
                     ditetapkan.

               8.    Memastikan salinan kertas soalan disimpan sebagai rujukan di dalam bank soalan.
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193