Page 187 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 187

179





                                                       2.2.2


                                             KOMPONEN KURIKULUM


                                                 PM07 | Ketua Panitia


                      RUJUKAN
                   i.     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 4 /1986 : Panitia Mata Pelajaran
                  ii.     Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan
                       Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian  Pendidikan Malaysia.

               1.    Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli
                     panitia.
               2.    Menyediakan  rancangan  mengajar  untuk  setiap  penggal  dalam  tahun  persekolahan.

                     Rancangan  mengajar  ini  diselaraskan  di  antara  guru  dalam  sesuatu  kelas  dan  juga  di
                     antara kelas di mana ada kaitan.
               3.    Memilih  dan  mencadangkan  kepada  PGB  buku  tambahan  (jika  diperlukan)  untuk
                     digunakan  oleh  murid  berdasarkan  kepada  kesesuaian  buku  itu  dari  segi  kehendak
                     standard  kandungan  dan  standard  pelajaran  yang  terdapat  dalam  DSKP  dan  tahap
                     kebolehan murid.
               4.    Memilih  dan  mencadangkan  buku  rujukan  atau  bahan  bacaan  tambahan  yang  sesuai

                     dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat
                     sumber sekolah.
               5.    Menyelaraskan  soalan-soalan  ujian  dan  pentaksiran  (berasaskan  sekolah)  yang
                     disediakan bagi tiap-tiap kelas dan jika perlu menubuhkan bank soalan.
               6.    Mengkaji  dan  menganalisis  keputusan  peperiksaan  murid  dalam  tiap-tiap  peperiksaan
                     berasaskan  sekolah  (khususnya  peperiksaan  pertengahan  dan  akhir  tahun)  dan
                     mengambil  langkah-langkah  untuk  mengatasi  kelemahan-kelemahan  pengajaran  dan
                     pembelajaran.
               7.    Mengadakan  mesyuarat  panitia  secara  berkala,  sekurang-kurangnya  empat  (4)  kali

                     setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' bila dan jika perlu.
               8.    Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak
                     formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan,
                     seperti  masalah-masalah  yang  berhubung  dengan  kaedah  mengajar  serta  mencari
                     penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut.
               9.    Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperolehi setelah mengikuti
                     kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192