Page 185 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 185

177






                                           PM05 | Penyelaras Tingkatan


               1.    Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam kelas di bawah jagaannya dengan

                     mendapatkan persetujuan PGB.
               2.    Membantu  menerima  kemasukan  murid  baharu  dan  membuat  penempatan  mengikut
                     kelulusan PPD/JPN.
               3.    Memaklumkan kepada PGB jumlah murid dalam setiap kelas dari semasa ke semasa.
               4.    Memastikan  surat-surat  kelulusan  kemasukan  murid  baharu  disimpan  dan  memastikan
                     guru kelas mendaftarkan maklumat murid di dalam Buku Pendaftaran serta memaklumkan
                     kepada guru admin APDM.
               5.    Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baharu disimpan dengan kemas dan
                     teratur.

               6.    Memastikan guru kelas mengisi maklumat murid di dalam Buku Pendaftaran Murid.
               7.    Memastikan  guru  kelas  mengemaskini  Profil  Murid  di  dalam  APDM  dari  semasa  ke
                     semasa.
               8.    Mengemaskinikan dan menyimpan fail-fail pertukaran murid dengan kerjasama Pembantu
                     Operasi.
               9.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.




                                        PM06 | Setiausaha Jawatankuasa

                      RUJUKAN
                   i.    PTPA Bil. 2 Tahun 2018  : My Mesyuarat - Ekosistem Pengurusan Mesyuarat Era Dgital

               (A)  TUGAS UMUM
                     1.    Membantu merancang pelaksanaan sesuatu program dalam jawatankuasa.

                     2.    Menbantu menyediakan anggaran perbelanjaan sesuatu program.
                     3.    Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail jawatankuasa.
                     4.    Memastikan  semua  aktiviti  yang  dirancang  berjalan  dan  dilaksanakan  mengikut
                           perancangan.
                     5.    Mengumpul semua laporan aktiviti yang telah dilaksanakan.
                     6.    Menyediakan laporan dan dokumentasi tahunan mengikut jawatankuasa.
                     7.    Memberi  input  yang  imaginatif  dan  inovatif  untuk  peningkatan  kecemerlangan

                           jawatankuasa.
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190