Page 216 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 216

208






                     2.    Mendapatkan  maklumat  daripada  kelas  dan  bilik  khas  peralatan  baru  yang
                           dibekalkan.

                     (E)  PENGURUSAN BILIK KHAS

                           1.   Menyediakan buku rekod penggunaan.
                           2.   Menyediakan buku rekod lawatan dan penyeliaan (jika berkaitan).
                           3.   Menggalakkan penggunaan bilik dengan aktiviti yang bersesuaian.
                           4.   Memastikan bilik sentiasa berkunci apabila tidak digunakan.
                           5.   Menyusun atur perabot dalam keadaan sesuai, ceria dan kondusif.
                           6.   Melengkapi  bilik  khas  dengan  bahan,  maklumat,  gambar  dan  carta  yang
                                sesuai.
                           7.   Membuat dan mengeluarkan senarai aset dan inventori untuk dipamerkan.

                     (F)  PENGURUSAN LAMAN SESAWANG SEKOLAH

                           RUJUKAN
                      i.     PKPA  Bil.  1  Tahun  2003  :  Garis  Panduan  Mengenai  Tatacara  Penggunaan  Internet  dan  Mail
                          Elektronik di Agensi Kerajaan
                      ii.     Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2015 : Pengurusan Laman Web Agensi Sektor
                          Awam
                     iii.     Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2019 : Buku Panduan Polisi Keselamatan Siber Kementerian Pendidikan
                          Malaysia, 16 April 2019
                     iv.     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1 Tahun 2019: Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran
                          Murid Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
                      v.     KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4(38) bertarikh 10 Januari 2013: Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan
                          Data Murid (APDM)

                     Prosedur Pembangunan Laman Sesawang Sekolah
                     Tanggungjawab Pentadbir Sistem ICT dan Pengguna
                     Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
                     1.    Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam laman web mestilah mendapat
                           kelulusan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
                     2.    Maklumat di laman web hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa.
                     3.    Pembangunan  laman  web  hendaklah  mempunyai  ciri-ciri  keselamatan  bagi

                           mengelakkan laman diceroboh dan digodam.
                     4.    Pembangunan  laman  web  perlu  mematuhi  Pekeliling  Pengurusan  Laman  Web
                           Agensi Sektor Awam.
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221