Page 217 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 217

209






                     (G)  PENGURUSAN MAJLIS DAN PROGRAM
                     RUJUKAN
                        i.   Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 14/1988 : Keberangkatan DYMM Sultan/Raja atau TYT
                             Yang DiPertua Negeri Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Sekolah.
                       ii.   Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1991 : Penceramah Jemputan Untuk Majlis dan Aktiviti
                             Agama Di Sekolah.
                       iii.   Surat  Pekeliling  Ikhtisas  KPM  Bilangan  3/1991  :  Mengundang  Orang-Orang  Kenamaan  Ke
                             Upacara Sekolah/Institusi Pendidikan.
                       iv.   Surat  Pekeliling  Ikhtisas  KPM  Bilangan  9/1991  :  Permohonan  Mengundang  Orang-Orang
                             Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi Pendidikan.
                        v.   PP  Bilangan  3  Tahun  1998  :  Garis  Panduan  Pemberian  dan  Penerimaan  Hadiah  Di  Dalam
                             Perkhidmatan Awam.
                       vi.   Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2/1999 : Penganjuran Program Motivasi di Sekolah.
                       vii.   Surat  Pekeliling  Ikhtisas  KPM  Bilangan  3/2008  :  Mengundang  Orang-Orang  Kenamaan  Ke
                             Upacara Sekolah dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar.
                      viii.   Buku Panduan Pengurusan Majlis dan Acara, Jabatan Perdana Menteri. Edisi Pertama 2014.
                       ix.   Garis Panduan Penggunaan Logo Rasmi  Kementerian Pendidikan Malaysia

                     1.    Membentuk satu jawatankuasa kecil majlis/program yang akan dijalankan.
                     2.    Menyenaraikan bidang tugas setiap jawatankuasa.

                     3.    Menyediakan  anggaran  perbelanjaan  untuk  dipertimbangkan  oleh  Jawatankuasa
                           Pengurusan Kewangan, Akaun dan Aset Sekolah.
                     4.    Menyenaraikan dan menentukan tetamu jemputan atau orang-orang kenamaan yang
                           akan dijemput.
                     5.    Mematuhi arahan pekeliling yang berkenaan jika menjemput orang-orang kenamaan.
                     6.    Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk upacara majlis tersebut.
                     7.    Memastikan  kelancaran  perjalanan  majlis  yang  merangkumi  keseluruhan
                           jawatankuasa kecil yang dilantik.
                     8.    Memastikan protokol majlis dipatuhi.

                     9.    Memastikan peralatan siaraya dikendalikan seperti yang berikut:
                           a.   Menyediakan  peralatan  dan  memastikan  dalam  keadaan  berfungsi  untuk
                                kegunaan acara rasmi sekolah.
                           b.   Memilih dan memastikan alatan pandang dengar (APD) yang sesuai dibeli.
                           c.   Memastikan peralatan siaraya mudah dikesan dan sedia digunakan.
                           d.   Mengenal pasti peralatan yang rosak untuk dibaik pulih/diganti.
                           e.   Memastikan bilik siaraya dalam keadaan kemas, selesa dan selamat.

                     10.  Menyediakan jadual serta merekodkan penggunaan bilik dan alatan siaraya.
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222