Page 220 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 220

212






                     6.    Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan sekolah.
                     7.    Memaklumkan kepada PPD tentang masalah talian Internet dan penyelenggaraan
                           peralatan ICT.
                     8.    Melaksanakan tindakan sebagai pembekal utama data pendidikan.


               (A)  GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH
                     1.    Mengemaskinikan data online berkaitan pengurusan sekolah yang sedang berkuat
                           kuasa seperti EMIS, HRMIS, APDM, SSDM, SKPMg2 dan lain-lain.
                     2.    Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.
                     3.    Memastikan data disemak dan disahkan.
                     4.    Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi
                           turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK Pentadbiran selaku
                           Pengurus Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD.

                     5.    Memastikan semua data dapat dioperasikan dengan lengkap dan terkini.
                     6.    Menyimpan segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan
                           data EMIS.
                     7.    Menyelenggara  komputer  yang  digunakan  untuk  tujuan  pengurusan  maklumat
                           sekolah dengan baik.
                     8.    Melaporkan segala kerosakan peralatan/perisian/talian Internet kepada PPD dengan
                           segera.

                     9.    Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan di tempat yang selamat.

               (B)  TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA

                           PENGERUSI
                     1.    Mempengerusikan mesyuarat.
                     2.    Melantik guru data sebagai setiausaha merangkap pegawai perhubungan maklumat
                           sekolah dengan PPD, JPN dan KPM.
                     3.    Memantau pengurusan data di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut prosedur

                           yang ditetapkan.
                     4.    Akauntabiliti kepada Pegawai Pendidikan Daerah.

                           NAIB PENGERUSI
                     1.    Menjalankan tugas sebagai pengurus maklumat sekolah.
                     2.    Bertanggungjawab penuh terhadap segala data dan maklumat yang dihasilkan pada
                           peringkat sekolah.

                     3.    Menyelaraskan  dan  mengemaskinikan  pengumpulan  data  dan  maklumat  yang
                           daripada wakil-wakil jawatankuasa .
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225