Page 219 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 219

211






                     (K)   BILIK KEBAL (bagi sekolah yang berkenaan)
                           RUJUKAN
                      i.     Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis Kementerian Pendidikan Malaysia


                     1.    Kunci  pagar,  ruang  kerja  dan  kunci  bilik  kebal  disimpan  di  dalam  almari  besi
                           berpalang dan berkunci di bilik hingga hari akhir peperiksaan.
                     2.    PGB hendaklah menyerahkan kunci pagar, ruang kerja dan kunci pintu bilik kebal
                           kepada  penyelia/ketua  pengawas  peperiksaan  PPD  pada  setiap  pagi  hari
                           peperiksaan.
                     3.    Penyimpanan  dan  penyerahan  kunci  kepada  penyelia  penilaian  dan  peperiksaan
                           PPD hendaklah direkodkan dalam buku rekod bilik kebal. Buku tersebut mestilah
                           disimpan di pejabat sekolah.
                     4.    Setelah tamat peperiksaan buku rekod itu hendaklah diserahkan kepada penyelia

                           penilaian dan peperiksaan PPD untuk diserahkan kepada Ketua Penolong Pengarah
                           Kanan Sektor Peperiksaan, Sektor Pengurusan dan Penilaian, JPN.



                                  JM02 | JK Pengurusan Maklumat Sekolah


                     RUJUKAN
                 i.     KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4(38) bertarikh 10 Januari 2013: Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data
                    Murid (APDM).
                ii.     Buku Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah KPM versi 1.1, 29 Januari 2015
               iii.     Buku Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah KPM versi 2.0 Pengintegrasian, 31 Disember
                    2016.
                iv.     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 7 Tahun 2018: Pelantikan Guru Data di Sekolah Kerajaan dan
                    Bantuan Kerajaan  Kementerian Pendidikan Malaysia
                v.     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM  Bilangan 1 Tahun 2019: Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran
                    Murid Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.


                     1.    Melaksanakan mesyuarat dan penghantaran data yang kekerapannya berpandukan
                           surat arahan semasa.
                     2.    Melaksanakan  aktiviti  pengumpulan,  pengemaskinian,  penyemakan  (verifikasi),
                           penentusahan dan penganalisisan data sekolah.
                     3.    Memastikan penyimpanan dan keselamatan data.
                     4.    Memastikan tarikh aktiviti pengurusan maklumat dilaksanakan mengikut jadual yang
                           telah ditetapkan.

                     5.    Memastikan data dan maklumat yang dihasilkan berkualiti, sahih dan terkini.
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224