Page 226 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 226

218






                     13.  Membantu  dan  membimbing  guru-guru  baru  dan  guru-guru  yang  tidak  mencapai
                           tahap pengajaran yang baik dalam PdP. (under performing teacher)
                     14.  Membantu guru dalam menyediakan sasaran tahunan (Performance Management
                           Systems -PMS).

                     15.  Membantu  guru  dalam  meningkatkan  strategik  pengajaran  dan  pembelajaran.
                           (Teach Smart)
                     16.  Mendalami kepakaran PdP secara am dan khusus dari segi aspek pilihan
                     17.  Melaksanakan  perkongsian  kemahiran/kepakaran  yang  diperoleh  daripada  sesi
                           bengkel/kursus di luar dalam kalangan warga sekolah mengikut kesesuaian.
                     18.  Membuat penilaian program latihan.

               (E)  PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
                     RUJUKAN
                         i.  Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) KPM 2015


                     1.    Memastikan  pelaksanaan  PPGB  mengikut  tatacara  penyediaan  dan  penggunaan
                           dokumen iaitu:
                           a.   Surat lantikan mentor oleh pentadbir sekolah
                           b.   Akuan terima guru mentor dan guru baharu
                           c.   Log pementoran
                           d.   Borang penilaian guru baharu
                           e.   Laporan status pelaksanaan PPGB

                           f.   Sijil penyertaan PPGB dan sijil penghargaan PPGB
                     2.    Memastikan pelaksanaan PPGB distrukturkan secara tiga (3) fasa iaitu fasa orientasi,
                           fasa  pementoran  dan  fasa  pembangunan  profesionalisme  dalam  tempoh  tiga  (3)
                           tahun pertama perkhidmatan.
                     3.    Pelaksanaan ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku secara serentak.

               (F)   URUSAN NAIK PANGKAT
                     1.    Membuat semakan iklan kenaikan pangkat  dalam sistem ePangkat.
                     2.    Mengedarkan borang permohonan kenaikan pangkat kepada pegawai terlibat

                     3.    Membuat lantikan PP1, PP2 dan KPP
                     4.    Melaksanakan penilaian berdasarkan semakan dokumen dan pembentangan (jika
                           perlu)
                     5.    Memastikan semua pegawai yang layak untuk kenaikan pangkat dilakukan penilaian
                           dan tiada faktor keciciran berlaku.
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231