Page 230 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 230

222






               1.    Bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara berikut:
                     a.    Menyediakan  laporan  (Lampiran  C,  PS5.1  Garis  Panduan  Pelaksanaan  JPKA),
                           dibentang dan disahkan dalam mesyuarat.
                     b.    Mesyuarat hendaklah diadakan setiap tiga (3) bulan sekali secara berasingan atau

                           bersekali dengan mesyuarat pengurusan yang lain di peringkat sekolah.
                     c.    Agenda Mesyuarat perlu merangkumi perkara berikut:
                           •    Pengurusan Bajet
                           •    Pengurusan Perakaunan
                           •    Pengurusan Perolehan
                           •    Pengurusan Aset dan Stor
                           •    Prestasi Perbelanjaan Peruntukan dari Badan Berkanun Persekutuan
               2.    PGB hendaklah memastikan JK mematuhi semua perkara di atas. Ketidakpatuhan pada
                     perkara tersebut akan menyebabkan sekolah berkenaan mendapat teguran audit.


               (A)   PENGURUSAN BAJET
                     1.    Meneliti perancangan agihan peruntukan sekolah.
                     2.    Mengkaji  prestasi  perbelanjaan  keseluruhan  sekolah  dan  mengesan  kekurangan/
                           kelebihan peruntukan.
                     3.    Memastikan  supaya  Laporan  Perbelanjaan  Suku  Tahun  (perbelanjaan  mengurus
                           dan  pembangunan)  yang  dikehendaki  oleh  pekeliling  perbendaharaan  mengenai

                           garis  panduan  bagi  penyediaan  cadangan  perbelanjaan  tahunan  dikemukakan
                           kepada  Perbendaharaan  Malaysia  (Bahagian  Belanjawan)  dalam  tempoh  yang
                           ditetapkan.
                     4.    Meneliti  perancangan  untuk  menggunakan  lebihan  bagi  menampung  kekurangan
                           secara agihan semula dan pindah peruntukan.
                     5.    Memastikan  semua  perbelanjaan  yang  dilakukan  selaras  dengan  kelulusan  yang
                           telah diperolehi.
                     6.    Memastikan semua perbelanjaan mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan.
                     7.    Memastikan peruntukan adalah mencukupi untuk menampung perbelanjaan.

                     8.    Memastikan semua bil dibayar dalam tempoh 14 hari.
                     9.    Memastikan semua bil disokong dengan butir-butir lengkap.
                     10.  Memastikan pembayaran bil di bawah Arahan Perbendaharaan 58(a) dan Arahan
                           Perbendaharaan diselesaikan.
                     11.  Memastikan Laporan Kelewatan Bayaran Bil dikemukan ke Perbendaharaan secara
                           bulanan.
   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235