Page 227 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 227

219






                (G)  HRMIS
                     RUJUKAN
                      i.     Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005 : Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan
                          Sumber Manusia.
                      ii.     Buku Pengenalan dan Mekanisme Pelaksanaan HRMIS Versi Terkini 2010.

                     1.    Menyediakan data asas HRMIS seperti carta organisasi yang kemas kini, perjawatan
                           mengikut  tempat  kerja  dan  buku  perjawatan,  dan  senarai  perjawatan  dengan
                           penyandang.
                     2.    Menyedia dan memantapkan rangkaian dalaman agensi (Local Area Network – LAN)

                     3.    Menyediakan  komputer  tambahan  mengikut  keperluan  agensi  yang  memenuhi
                           spesifikasi HRMIS.
                     4.    Menyediakan  sumber  yang  secukupnya  dari  segi  personel  dan  kewangan  bagi
                           membiayai perbelanjaan aktiviti pelaksanaan HRMIS seperti latihan, pengumpulan
                           dan pengemaskinian data, peningkatan dan pertambahan peralatan serta bayaran
                           caj rangkaian.
                     5.    Bagi  membolehkan  aplikasi  HRMIS  digunakan,  aktiviti  yang  perlu  disempurnakan
                           oleh agensi ialah :
                           a.   Melantik  seorang  pegawai  kanan  sebagai  pentadbir  sistem  yang

                                bertanggungjawab menyediakan hak capaian mengikut peranan pegawai dan
                                proses PSM.
                           b.   Melengkapkan nilai dalam jadual Iook-up sekiranya diperlukan.
                           c.   Melengkapkan  maklumat  sandangan  pegawai,  jawatan  sebenar,  unit
                                organisasi dan aktiviti organisasi.
                           d.   Menetapkan aliran kerja mengikut peranan pegawai.
                           e.   Melengkapkan maklumat peribadi bagi setiap pegawai.

                           f.   Melengkapkan data dalam profil perkhidmatan.
                           g.   Memasukkan  data  transaksi  tertentu  bagi  membolehkan  sesuatu  modul
                                dilaksanakan.

               (H)  PEMIMPIN PERTENGAHAN
                     RUJUKAN
                      i.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4, 1986 : Panitia Mata Pelajaran
                      ii.    Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK), 2016

                     1.    Pentadbir sekolah mengenal pasti guru-guru dalam kategori pemimpin pertengahan
                           (Middle Leader Team- MLT).
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232