Page 251 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 251

243






                                        JM14 | JK Kesetiausahaan Sukan

                     RUJUKAN
                    i.   Buku Panduan Sekolah Sukan Malaysia (Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian) KPM 2018.

               (A)  PENGURUSAN PENTADBIRAN

                     1.    Merancang dan membantu GPK Sukan dalam pengurusan dan pentadbiran sukan di
                           sekolah.
                     2.    Melaksanakan tugas sebagai jurulatih sukan spesifik (rujuk senarai tugas jurulatih
                           SSM).
                     3.    Melaksanakan  tugas  sebagai  Jawatankuasa  Kerja  Pembangunan  Sukan
                           Sekolah/Majlis Sukan Sekolah.
                     4.    Merancang,  mengurus  dan  mempengerusikan  mesyuarat  sub  unit  dalam  bidang
                           Kesetiausahaan Sukan.
                     5.    Menyelaraskan dan mengumpulkan maklumat daripada semua jurulatih berkenaan

                           Anggaran Belanja Mengurus OS42000, OS21000, OS29000 dalam dan luar negara
                           bagi setiap program tahunan yang dirancang untuk meningkatkan  kualiti pencapaian
                           program pembangunan sukan sekolah
                     6.    Menyelaraskan, mengumpulkan maklumat dan menyemak kertas kerja berkenaan
                           perancangan  penganjuran  kejohanan  sukan  di  dan  penyertaan  kejohanan  di  luar
                           negara.
                     7.    Membina jaringan kerjasama bersama Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia,

                           Institut  Sukan  Negara,  Persatuan  Sukan  Kebangsaan,  Majlis  Sukan  Negeri,
                           Persatuan Sukan Negeri, badan korporat, agensi badan kerajaan dan agensi luar
                           yang berkaitan dengan pembangunan sukan.

               (B)  PENGURUSAN KETUA BIDANG
                     1.    Menyelaraskan dan memantau sub unit dalam bidang Kesetiausahaan Sukan iaitu
                           Unit Data dan Maklumat, Unit Pengurusan Atlet Murid dan Unit Dokumentasi
                     2.    Menyemak dan memperaku fail penyelaras sukan sekurang-kurangnya tiga (3) kali
                           setahun.

                     3.    Menyelaraskan  dan  mengumpulkan  laporan  berkaitan  stor,  stok  dan  aset  sukan
                           sekolah.
   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256