Page 248 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 248

240






               (A)  PENGURUS PUSAT BERTAULIAH (PPB)
                     1.    Mengurus, memantau dan mengawal selia pelaksanaan latihan kemahiran melalui
                           Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
                     2.    Menjadi pegawai perhubungan di antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

                           dan Pusat Bertauliah (PB).
                     3.    Bertanggungjawab dalam mematuhi apa-apa peraturan dan arahan JPK berkaitan
                           Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
                     4.    Memastikan segala program yang ditawarkan menepati keperluan NOSS  terkini.
                     5.    Melantik PPD hanya bagi subsektor yang berkaitan pada satu-satu masa sahaja
                     6.    Melantik PP hanya bagi satu program/tahap pada satu-satu masa sahaja dan
                     7.    Mengambil  tindakan  susulan  terhadap  komen  dan  cadangan  penambahbaikan
                           berterusan.
                     8.    Menubuhkan  Jawatankuasa  Penasihat  Teknikal  Technical  Advisory  Committee

                           (TAC) mengikut sektor program.
                     9.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.

               (B)  PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (PPD)
                     1.    Mengurus, memantau dan mengawalselia pelaksanaan latihan kemahiran di dalam
                           kelompok sektor kemahirannya.

                     2.    Merangka prosedur dan dokumen pelaksanaan latihan kemahiran di PB.
                     3.    Mengawal  dan  memantau  sistem  jaminan  mutu  latihan  dan  penilaian  dalaman
                           mengikut kehendak NOSS terkini.
                     4.    Memastikan penilaian dijalankan secara seragam dan sempurna mengikut kehendak
                           NOSS dan apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh JPK.

               (C)  PEGAWAI PENILAI (PP)
                     1.    Merangka prosedur latihan dan penilaian latihan bersama PPD.
                     2.    Menjelaskan  kepada  calon  tentang  objektif,  keperluan  latihan  dan  penilaian

                           keterampilan berdasarkan NOSS terkini.
                     3.    Melaksanakan  proses  latihan  dan  penilaian  dengan  kebolehpercayaan,  telus  dan
                           sahihnya.
                     4.    Membimbing calon dalam penyediaan rekod bukti keterampilan.
                     5.    Memantau  perkembangan  prestasi  dan  membimbing  pelatih  pada  setiap
                           keterampilan.
                     6.    Melaksana keperluan pendaftaran dan persijilan melalui sistem yang ditetapkan.
   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253