Page 246 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 246

238






                     4.    Merancang dan meneliti program kepimpinan dan kolaboratif dengan pihak universiti
                           dalam dan luar negara (sekiranya bersesuaian).
                     5.    Membantu GPK Tingkatan Enam dalam memastikan sijil berhenti sekolah, akuan
                           sekolah dan sijil-sijil lain disempurnakan sebelum murid menamatkan pengajian.

                     6.    Membantu mengurus hal-hal yang berkaitan pemberian bantuan khas/baucar buku
                           mengikut garis panduan bahagian kewangan KPM.
                     7.    Membantu  memastikan  pengurusan  disiplin  murid  Tingkatan  Enam  dilaksanakan
                           secara berhemah dan mengikut peraturan.

               (C)  GURU KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM
                     1.    Merancang aktiviti kokurikulum sekolah.
                     2.    Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus.
                     3.    Mengadakan mesyuarat pengurusan kokurikulum.

                     4.    Merancang dan menyediakan takwim serta jadual aktiviti kokurikulum.
                     5.    Memastikan pelibatan murid menyeluruh.
                     6.    Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum di peringkat
                           daerah/negeri/kebangsaan yang dianjurkan KPM/JPN/PPD atau diiktiraf oleh KPM.
                     7.    Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulm.
                     8.    Memastikan murid melaksanakan kokurikulum 160 minit seminggu seperti yang telah
                           dijadualkan.

                     9.    Menyelaraskan markah kokurikulum sebanyak sepuluh (10) peratus dan menyimpan
                           rekod.
                     10.  Menyelia penilaian aktiviti kokurikulum.
                     11.  Menyelia urusan badan beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan.
                     12.  Menyelaraskan  penyertaan  murid  dalam  kokurikulum  di  peringkat  daerah,  negeri,
                           kebangsaan dan antarabangsa.
                     13.  Menyelia pengurusan pemarkahan dan pensijilan kokurikulum.
                     14.  Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam tugasan guru kokurikulum.
                     15.  Melaksanakan  pendaftaran  kelab/persatuan,  badan  beruniform  dan  sukan/

                           permainan.
                     16.  Merancang dan meneliti kesesuaian program badan beruniform, kelab persatuan dan
                           sukan  permainan  serta  koakademik  mengikut  kebitaraan  sekolah  dengan  agensi
                           luar.
                     17.  Mendokumentasikan segala perjalanan, aktiviti dan surat-menyurat dalam fail induk
                           pengurusan kokurikulum Tingkatan Enam.
                     18.  Memastikan perjalanan program mengikut masa yang telah ditetapkan.

                     19.  Menyimpan rekod pelibatan dan pencapaian murid dalam program yang dianjurkan
                           oleh MSSM, KPM, JPN, PPD dan Bahagian.
   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251