Page 250 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 250

242





                     b.    menawarkan kemahiran yang bersesuaian

                     c.    mengutamakan ciri-ciri keselamatan
                     d.    berdekatan dengan sekolah

                     e.    mengamalkan budaya tanggungjawab sosial korporat (CSR)
                     f.    mempunyai kemudahan dan peralatan yang memenuhi keperluan standard bidang
                           kemahiran yang ditawarkan

                     g.    berupaya menyediakan latihan dalam tempoh satu tahun setengah hingga dua (2)
                           tahun
                     h.    mempelbagaikan  skop  latihan  kemahiran  yang  mencakupi  semua  aspek  dalam

                           bidang berkaitan
               2.    Memohon kelulusan PPD untuk melaksanakan program PIMA.
               3.    Menyediakan terma-terma perjanjian Memorandum Persefahaman di antara pihak KPM

                     dengan industri.
               4.    Menyediakan garis panduan pelaksanaan PIMA  di sekolah berdasarkan ketetapan umum

                     KPM mengikut kesesuaian perantis di aliran perdana atau berkeperluan khas merangkumi
                     aspek yang berikut:
                     a.    syarat kelayakan pemilihan perantis

                     b.    struktur kurikulum
                     c.    penilaian dan pentaksiran

                     d.    penjadualan
                     e.    hal ehwal perantis (kebajikan, perlindungan insurans dan pertukaran)
                     f.    pengiktirafan perantis

               5.    Mengadakan taklimat prospek laluan kerjaya program PIMA kepada murid Tingkatan 3 dan
                     ibu bapa/penjaga.
               6.    Menyelaras dan mengurus pemilihan calon perantis.

               7.    Memaklumkan kepada pihak industri senarai perantis yang akan ditempatkan.
               8.    Merancang  dan  mengurus  hal-hal  berkaitan  dengan  pelaksanaan  program  seperti
                     penjadualan, latihan, peraturan keselamatan tempat kerja dan peraturan-peraturan umum

                     tertakluk perubahan semasa bersesuaian mengikut keperluan sekolah.
               9.    Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Program PIMA secara berkala.

               10.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255