Page 293 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 293

285






               (H)  TUGAS PEMANDU
                     Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penyenggaraan kenderaan dan memastikan
                     pegawai sampai ke tempat mesyuarat atau tempat bertugas:
                     1.    Mengurus,  membawa  dan  menghantar  murid  asrama  atau  pegawai  tertentu  atas

                           tugas rasmi yang diarahkan.
                     2.    Merekod setiap perjalanan kenderaan sebaik sahaja bermula dan tamat urusan serta
                           memastikan pegawai yang dibawa menandatangani buku log kenderaan.
                     3.    Mengurus  dan  sentiasa  bertanggungjawab  menjaga  keselamatan  kenderaan
                           termasuk  kunci,  kebersihan/kelengkapan  dan  keceriaan  kenderaan  dari  masa  ke
                           semasa supaya dapat berfungsi dengan sempurnanya.
                     4.    Mengurus  penyelenggaraan/pembaikan/pengisian  minyak  dan  lain-lain  berkaitan
                           kenderaan secara berkala di agensi yang ditetapkan.
                     5.    Membuat  laporan/makluman  kepada  PT(P/O)  sekiranya  berlaku  kehilangan  kunci

                           kenderaan      dan      membuat       laporan     polis     sekiranya     berlaku
                           kehilangan/kemalangan/pencerobohan kepada kenderaan.
                     6.    Menyemak  tugas-tugas  yang  telah  dijadualkan  oleh  PT(P/O)  dengan  membuat
                           catatan tarikh, masa, lokasi serta maklumat penumpang.
                     7.    Membantu  urusan  menyediakan  pengangkutan  dan  mengendali  kenderaan
                           membawa murid ke klinik pada waktu persekolahan atas arahan pentadbiran/guru
                           bertugas/warden.

                     8.    Memastikan  keperluan  perbelanjaan  diambil  dan  direkodkan  pengambilannya
                           daripada PT(P/O) setiap kali memulakan perjalanan.
                     9.    Mengutamakan aspek keselamatan penumpang sepanjang perjalanan ke lokasi dan
                           memberikan penumpuan yang penuh semasa mengendalikan kenderaan.
                     10.  Mematuhi  waktu  perjalanan  yang  ditetapkan  supaya  pengendalian  kenderaan
                           berjalan dengan lancarnya.
                     11.  Mematuhi undang-undang lalu lintas serta peka dengan perubahan peraturan dari
                           masa ke semasa.
                     12.  Berdisiplin, berhemah sepanjang mengendalikan kenderaan.

                     13.  Bersedia memberikan perkhidmatan sekiranya berlaku kes kecemasan di asrama
                           apabila diperlukan dengan segeranya.
                     14.  Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.
   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298