Page 301 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 301

293






                                       JM32 | JK Sukan Tahunan Sekolah


               1.    Mendapatkan khidmat nasihat kepakaran berkaitan pelaksanaan Sukan Tahunan Sekolah.

               2.    Memastikan perlembagaan, senarai ahli jawatankuasa, minit mesyuarat, surat menyurat
                     dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan.
               3.    Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
               4.    Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum  sekolah.
               5.    Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
               6.    Mengurus  surat  kebenaran  ibu  bapa/penjaga  dan  surat  rawatan  bagi  penyertaan
                     pertandingan di luar sekolah.
               7.    Melaporkan dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai.
               8.    Menyediakan tuntutan elaun makan murid dan pengangkutan.

               9.    Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid.
               10.  Menentukan  peralatan  dan  kemudahan  permainan  sentiasa  dalam  keadaan  yang
                     baik,selamat dan mencukupi.
               11.  Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan.
               12.  Menilai prestasi sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
               13.  Merekodkan nama pemain dan pasukan yang cemerlang.
               14.  Menghadiri kursus kepegawaian dan kejurulatihan yang dianjurkan oleh KPM, JPN, PPD

                     dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan.
               15.  Merekodkan  dan  melaporkan  pencapaian  cemerlang  murid  kepada  setiausaha  sukan
                     untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

               (A)  KETUA GURU RUMAH SUKAN
                     1.    Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
                     2.    Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
                     3.    Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan murid yang merangkumi olahraga
                           dan permainan.

                     4.    Menentukan  guru  rumah  sukan  untuk  menjadi  pengadil  dalam  pertandingan
                           peringkat sekolah.
                     5.    Sentiasa berbincang GPK Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
                     6.    Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.

               (B)  GURU RUMAH SUKAN
                     1.    Menyediakan senarai ahli rumah sukan yang lengkap mengikut kelas.

                     2.    Mengagihkan murid dalam rumah kepada beberapa acara sukan dan permainan.
   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306