Page 306 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 306

298






                           (C19) PELEPAS
                                 1.    Mempunyai  kawalan  sepenuhnya  terhadap  peserta-peserta  yang
                                       sedang dalam keadaan sedia sebelum memulakan pelepasan pastikan
                                       Penjaga masa dan Pengadil lorong sudah bersedia.

                                 2.    Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh peserta
                                       sebelum memulakan pelepasan.

                           (C20) PELEPAS PANGGIL BALIK
                                 1.    Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas p belepas.
                                 2.    Pastikan  berada  dalam  kedudukan  yang  sepatutnya  supaya  dapat
                                       memerhati setiap peserta dengan jelasnya.

                           (C21) PENOLONG PELEPAS

                                1.    Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang betul dan
                                      memakai nombor.
                                2.    Menempatkan  semua  peserta  di  lorong  atau  di  tempat  permulaan
                                      masing-masing.
                                3.    Mengumpul  semua  peserta  lebih  kurang  tiga  (3)  meter  di  belakang
                                      garisan permulaan.
                                4.    Memberikan  syarat  kepada  Pelepas  sekiranya  semua  peserta  sudah

                                      bersedia.

                           (C22) HAKIM PENAMAT
                                1.    Memastikan  dan  mencatat  pemenang  bagi  setiap  acara  yang
                                      dipertandingkan.
                                2.    Menghantar keputusan kepada pencatat untuk direkodkan.

                           (C23) PENCATAT
                                 1.    Menerima  dan  mencatat  keputusan  setiap  acara  ke  dalam  borang

                                       keputusan rasmi.
                                 2.    Memaklumkan  kepada  pengurus  pemenang  dan  juruacara  untuk
                                       tindakan selanjutnya.

                           (C24) PENGADIL
                                1.    Pengadil yang berasingan dilantik bagi setiap acara.
                                2.    Menentukan  segala  peraturan  dan  membuat  keputusan  terhadap

                                      sebarang perkara ketika kejohanan.
   301   302   303   304   305   306   307   308   309   310   311