Page 305 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 305

297






                                 3.    Mengacarakan  program  sepanjang  kejohanan  dengan  lancarnya  dan
                                       penuh semangat kesukanan mengikut acara kejohanan.
                                 4.    Membuat  ulasan  yang  boleh  menceriakan  suasana  sepanjang
                                       pertandingan berlangsung.

                                 5.    Membuat  pengumuman  yang  perlu  seperti  peringatan  kepada  murid-
                                       murid bagi membantu mengawal disiplin dan keselamatan murid.
                                 6.    Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera.
                                 7.    Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian hadiah.
                                 8.    Menyelaraskan pengumuman dengan AJK Siaraya bagi acara nyanyian
                                       Lagu Negaraku, sekolah dan lain-lain.

                           (C14) JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI
                                 1.    Bertanggungjawab  merakam  dan  merekodkan  segala  aktiviti  yang

                                       berlangsung sepanjang program.
                                 2.    Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir.

                           (C15) REKOD DAN STASTISTIK
                                 1.    Menyeliakan papan markah (score board).
                                 2.    Mengira  jumlah  markah  yang  diperoleh  daripada  pengacara  atau
                                       pencatat.


                           (C16) PENJAGA MASA
                                 1.    Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua acara
                                       yang dipertandingkan.
                                 2.    Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa.

                           (C17) PENYELIA PESERTA
                                 1.    Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding.
                                 2.    Mengumpul peserta dalam setiap acara dengan bantuan daripada ketua

                                       rumah sukan.

                           (C18) PENGADIL LORONG
                                1.     Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar
                                       peraturan.
                                2.     Memutuskan sebarang bantahan peserta.
                                3.     Memastikan peserta berlari mengikut lorong.

                                4.     Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan.
                                5.     Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia.
   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309   310