Page 100 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 100
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
8.0 Kegiatan Luar Perkhemahan
8.1 Tatacara pelajar
8.1.1 Pelajar dikehendaki melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
8.1.2 Pelajar mesti patuh kepada arahan dan berada di tempat yang ditentukan.
8.1.3 Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.
8.1.4 Pelajar mesti menyediakan semua peralatan yang diperlukan.
8.1.5 Pelajar mesti menyediakan pakaian secukupnya dan bersesuaian.
8.1.6 Pelajar mendirikan khemah di kawasan yang dikenalpasti selamat.
8.1.7 Pelajar dikehendaki membersihkan kawasan persekitaran dan menabur belerang di sekeliling khemah.
8.1.8 Pelajar dilarang merosakkan / menebang sebarang pokok / tumbuhan.
8.1.9 Hentikan aktiviti sekiranya cuaca buruk akan berlaku.
8.1.9 Pelajar dikehendaki melaporkan kepada guru sekiranya ada gangguan daripada haiwan liar ,gigitan serangan
dan kecemasan.
8.1.10 Sekiranya sakit berterusan keluar dari kawasan perkhemahan untuk mendapatkan rawatan di hospital /
klinik.
8.1.11 Pelajar dilarang menjalankan aktiviti di air tanpa pengawasan guru / penyelamat kelemasan.
8.1.12 Pelajar mesti memakai jaket keselamatan untuk menjalankan aktiviti di air.
8.2 Tatacara guru / penasihat
8.2.1 Guru / penasihat perlu ada sijil yang berkaitan untuk sesuatu program .
8.2.2 Guru / penasihat mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak yang terlibat.
8.2.3 Guru / penasihat mesti menyediakan syarat, peraturan, senarai keperluan untuk semua aktiviti yang akan
dijalankan.
8.2.4 Guru / penasihat perlu membuat kajian / tinjauan tentang kawasan / lokasi aktiviti ( perkhemahan / air ).
8.2.5 Guru / penasihat perlu mengatur pengisian program dengan teliti.
8.2.6 Guru / penasihat perlu menyediakan pembantu / pegawai secukupnya.
8.2.7 Guru / penasihat perlu membuat penyeliaan dan pengawasan rapi.
8.2.8 Guru / penasihat perlu mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kecemasan
/ kemalangan.
9.0 Perjumpaan Mingguan ( Hari Gerak Kerja Kokurikulum )
9.1 Tatacara pelajar
9.1.1 Pelajar mesti hadir ke sekolah seperti biasa dengan mengenakan pakaian yang dibenarkan / pakaian
seragam.
9.1.2 Pelajar mesti melaporkan kehadiran kepada pemimpin / penasihat untuk setiap sesi mengikut jadual.
9.1.3 Pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran.
9.1.4 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing.
9.1.5 Pelajar hanya dibenarkan makan di kantin pada waktu rehat.
9.1.6 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan sekolah.
9.1.7 Pelajar digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang diadakan.
9.1.8 Ketua / pengerusi unit / kelab mesti membuat laporan dan kemas kinikan maklumat perjumpaan dalam buku
/ fail gerko.
9.2 Tatacara Pemimpin / Penasihat
9.2.1 Pemimpin / penasihat hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa.
9.2.2 Pemimpin / penasihat mesti mengambil kedatangan pelajar setiap sesi.
9.2.3 Pemimpin / penasihat Unit Pakaian Seragam mesti mengenakan pakaian seragam masing-masing atau
pakaian yang sesuai untuk penasihat yang lain.
9.2.4 Pemimpin / penasihat mesti mengendalikan perjumpaan mingguan mengikut jadual yang ditetapkan.
9.2.5 Pemimpin/penasihat mesti mengemukakan aktiviti/perancangan kepada penyelaras sebelum pelaksanaan.
9.2.6 Pemimpin / penasihat hendaklah memastikan peraturan sekolah dipatuhi oleh semua pelajar.
9.2.7 Pemimpin / penasihat hendaklah memastikan keselamatan pelajar terkawal sewaktu aktiviti dijalankan.
94
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

