Page 40 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 40

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                           SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022



                                    DASAR PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH


               KOMITMEN GURU

               Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah:
                       ✓  Panduan Perkhidmatan Cemerlang Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia dan Etika Kerja
                          Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua
                          guru.
                       ✓  Membaca dan memahami  falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha
                          untuk mencapai objektif tersebut.
                       ✓  Guru sebagai satu profesion dan berusaha menjaga imejnya.
                       ✓  Melaksanakan tugas dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, kejujuran
                          dan bertanggungjawab.
                       ✓  Anggaplah murid yang diajar dan dididik sebagai anak / adik sendiri dan amanah yang masa
                          depan mereka dipertanggungjawabkan kepada guru.
                       ✓  Sentiasa  menunjukkan  dan  mengamalkan  imej  kepimpinan  dinamik  dan  kecekapan
                          menjalankan tugas.
                       ✓  Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profesion perguruan seperti
                          ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai dan sebagainya.
                       ✓  Berusaha meningkatkan pretasi dan nama baik sekolah dan bersedia bekerjasama dengan
                          masyarakat sekolah dan luar sekolah


               WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

               AHAD HINGGA KHAMIS

                       1.   Sesi pagi       - 7.00 pagi hingga 2.00 petang


                       2.  Sesi petang      - 12.30 petang hingga 6.50 petang

               *Semua guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah pada waktu persekolahan.



               WAKTU HADIR BERTUGAS

                       ✓  Guru bertanggungjawab berada di sekolah sebelum 7.00 pagi / 12.45 petang.

                       ✓  Guru bertanggungjawab mencatat kehadiran dalam sistem (e-Keberadaan) sebaik sahaja tiba
                          di sekolah dan selepas tamat waktu persekolahan.


                       ✓  Guru  dianggap  tidak  hadir  ke  sekolah  jika  tidak  mencatat  kehadiran  dalam  sistem  (e-
                          Keberadaan).











                                                                                                           34
                         MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45