Page 43 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 43
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
➢ Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan, dan PPD berkaitan jadual waktu.
➢ Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau tempat mengajar seperti makmal sains / bengkel
mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
➢ Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan peperiksaan dan menanda
kertas ujian atau peperiksaan dalam masa PdP.
➢ Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab yang tertentu seperti
dipanggil oleh Pengetua.
➢ Guru bertanggungjawab memastikan dan mendapatkan maklumat kehadiran semua murid
sebelum memulakan PdP di kelas.
➢ Guru bertanggungjawab memastikan murid tidak keluar dari kelas semasa PdP dijalankan kecuali
atas sebab-sebab yang perlu seperti dipanggil oleh Pengetua.
➢ Keselamatan murid dalam waktu PdP adalah menjadi tanggungjawab guru.
➢ Guru mesti sentiasa ingat bahawa masa luang (free period) adalah masa bekerja dan perlu
digunakan dengan cara yang betul seperti memeriksa buku latihan murid.
➢ Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru sewaktu PdP.
➢ Loceng akan dibunyikan mengikut waktu yang ditetapkan.
JADUAL GURU GANTI (RELIEF)
➢ Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan oleh
Pengetua / Penolong Kanan.
➢ Jadual ganti dianggap sebagai waktu bekerja/mengajar dan menjalankan PdP jika bertugas di
kelas guru berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran dengan menggunakan modul yang
disediakan oleh guru/panitia mata pelajaran yang berkenaan.
➢ Jika diarahkan mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan
hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses PdP hendaklah direkodkan di dalam sistem REKOD
MENGAJAR (e-RPH)
.
SURAT-SURAT PEKELILING / ARAHAN
➢ Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan pekeliling
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, dan PPD.
➢ Surat arahan / salinan yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami, diambil tindak ikut
yang sewajarnya. Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem fail surat
menyurat sekolah dan ditandatangani oleh Pengetua/wakilnya.
➢ Apabila diarahkan melaksanakan tugas, guru hendaklah melaksanakan sendiri tugas tersebut.
Guru yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi
pihak dirinya.
➢ Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya Pengetua/wakilnya hendaklah
diberitahu secara bertulis.
➢ Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa dengan betul, sempurna mengikut peraturan dan menepati masa.
37
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

