Page 44 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 44

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                           SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022



               PEMANTAUAN PENGAJARAN DAN PENYELIAAN BUKU PELAJAR

                   ➢  Guru  mesti  merujuk,  membaca,  memahami  dan  melaksanakan  arahan-arahan  pekeliling
                       Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, dan PPD berkaitan dengan pemantauan P
                       d P dan penyeliaan buku pelajar.
                   ➢  Pemantauan  dan  penyeliaan  dilaksanakan  oleh  Pengetua,  Penolong  Kanan  Pentadbiran,
                       Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan
                       Pendidikan Khas, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia Mata Pelajaran dan rakan sejawat.
                   ➢  Pemantauan PdP akan dilaksanakan  mengikut  jadual yang telah ditetapkan  pada dan bila-bila
                       masa kepada semua guru.
                   ➢  Pemantauan akan menilai segala aspek yang telah ditentukan berdasarkan standard 4 SKPM.
                   ➢  Penyeliaan buku latihan pelajar dibuat secara berjadual. Guru diminta menyerahkan buku murid
                       pada  masa  yang  ditetapkan  kepada  penyelia  yang  bertanggungjawab  dengan  menyertakan
                       Borang Penyerahan Buku Murid.

               PENDAFTARAN KEMASUKAN / PERTUKARAN MURID


               A.  PENDAFTARAN KEMASUKAN
               1.  Guru Kelas bertanggungjawab menerima kemasukan murid ke dalam kelasnya dengan memastikan
                   perkara-perkara berikut :-
                   1)  Merekodkan kemasukan dan semua butiran murid ke dalam Buku Pendaftaran Sekolah dan Buku
                       Rekod Kehadiran murid.
                   2)  Menyemak semua dokumen murid dan maklumat yuran disertakan dari sekolah asal. Kemukakan
                       surat kepada Pengetua sekolah asal melalui Pengetua sekolah jika dokumen dan maklumat tidak
                       disertakan.
                   3)  Guru Kelas perlu memastikan maklumat peperiksaan murid jika murid berada di Tingkatan 3 dan
                       5. Maklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan PT3/SPM untuk tindakan selanjutnya.

               B.  PENDAFTARAN PERTUKARAN


               1.  Guru  Kelas  dan  Penolong  Kanan  HEM  bertanggungjawab  menguruskan  keluar  murid  dengan
                   memastikan perkara-perkara berikut :-
                   1)  Pengesahan  pertukaran  akan  diterima  atas  permintaan  ibu/bapa/penjaga  yang  datang  sendiri
                       membuat permohonan ke sekolah.
                   2)  Guru Kelas dan Penolong Kanan HEM hendaklah menyediakan dokumen pertukaran, dokumen
                       murid,  maklumat  bayaran  yuran  dan  maklumat  peperiksaan  (bagi  murid  Tingkatan  3  &  5)  dan
                       menyerahkannya untuk pengesahan Pengetua.
                   3)  Guru Kelas hendaklah memaklumkan perihal pertukaran murid kepada Setiausaha Peperiksaan
                       dan  guru  SPBT  bagi  diambil  tindak  ikut  selanjutnya  jika  terdapat  perkara-perkara  yang  belum
                       selesai.
               ❖  Melaksanakan arahan Pengetua / wakilnya dari masa ke semasa berhubung kemasukan / pertukaran
                   murid.
               ❖  Semua borang permohonan kemasukan atau pertukaran murid mesti disahkan / ditandatangani oleh
                   Pengetua.
               ❖  Setiap permohonan kemasukan / pertukaran murid mesti disertakan dengan dokumen-dokumen yang
                   diperlukan seperti di SENARAI SEMAK yang dilampirkan dengan Borang P.U (A)275.



                                                                                                           38
                         MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49