Page 41 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 41
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU MURID
✓ Guru wajib menyemak dan memeriksa buku murid selepas memberikan nota, latihan, tugasan
dan sebagainya bagi memastikan murid membuat tugasan yang diberikan.
✓ Guru hendaklah menggunakan dakwat merah untuk memeriksa buku murid.
✓ Guru hendaklah mencatatkan tandatangan ringkas, tarikh pemeriksaan, markah/gred dan
kata-kata perangsang/nasihat/komen selepas memeriksa buku murid.
✓ Guru hendaklah mengarahkan murid membuat pembetulan kepada kesalahan yang
dilakukannya dan pembetulan itu hendaklah disemak dan diperiksa oleh guru.
✓ Buku-buku murid hendaklah disemak dan diperiksa serta dikembalikan dengan segera.
✓ Guru tidak dibenarkan mengarah murid menghantar buku untuk tujuan semakan dan
pemeriksaan pada waktu PdP dijalankan di kelas. Murid hanya dibenarkan menghantar buku
pada waktu lapang seperti waktu rehat atau selepas tamat waktu persekolahan.
LAWATAN / MAJLIS
- Lawatan sambil belajar, perkhemahan dan majlis perpisahan kelas-kelas boleh dianjurkan dengan
kebenaran Pengetua / Pegawai Pelajaran Daerah / Pengarah Pelajaran Negeri
➢ Lawatan dan perkhemahan dalam kawasan sekolah - Kebenaran Pengetua
➢ Lawatan dan perkhemahan dalam daerah- Kebenaran PPD
➢ Lawatan dan perkhemahan luar daerah - Kebenaran Pengarah JPNJ
- Borang permohonan rasmi dan dokumen-dokumen sokongan yang telah dilengkapkan hendaklah
dikemukakan kepada Pengetua untuk pengesahan
- Segala maklumat berhubung dengan program lawatan juga perlu dirujuk kepada PK Kokurikulum.
PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
- Guru wajib menghadiri perhimpunan rasmi sekolah.
- Perhimpunan rasmi sekolah dijalankan mengikut ketetapan berikut ;
➢ Hari Isnin
➢ Jam 7.20 pagi hingga 7.50 pagi bagi sesi pagi
➢ Jam 6.15 petang hingga 6.45 petang sesi petang
➢ Aturcara :-
▪ Bacaan doa
▪ Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah serta menaikkan bendera
▪ Laporan daripada guru bertugas
▪ Ucapan Pengetua/ Penolong Kanan
▪ Perkara lain yang berkaitan
▪ Nyanyian Lagu Negaraku
- Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil masa yang
berlarutan.
- Jika tiada perhimpunan rasmi, guru tingkatan diminta mengadakan mesyuarat / pengurusan kelas
masing-masing bersama-sama para pelajar.
35
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

