Page 42 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 42
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
PAKAIAN DAN PERSONALITI
➢ Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut peraturan yang telah ditetapkan
PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/85 serta melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.
➢ Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di sekolah, majlis rasmi, dan tugas
rasmi diluar sekolah.
➢ Memakai pakaian sukan atau baju T tidak dibenarkan semasa mengajar di kelas, mesyuarat
sekolah dan majlis rasmi sekolah (kecuali guru yang mempunyai jadual PJK pada hari tersebut)
➢ Guru lelaki mestilah memakai tali leher semasa bertugas kecuali dalam keadaan tertentu iaitu
waktu pengajaran dan pembelajaran PJK dan bengkel.
➢ Pakaian dan personaliti guru termasuk rambut hendaklah sentiasa berkeadaan kemas supaya
menjadi contoh yang baik kepada murid.
➢ Pakaian pada hari Ahad ialah baju Korporat, pada hari Khamis semua guru lelaki amat digalakkan
memakai baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok.
URUSAN DAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
➢ Guru bertanggungjawab mengemaskini maklumat perkhidmatan dan perjawatan dengan
Pembantu Tadbir (Perkhidmatan dan Perjawatan) atau hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan
dengan kebenaran Pengetua.
➢ Guru bertanggungjawab mengemaskini maklumat perkhidmatan dan perjawatan dalam Sistem
Pengurusan Pendidikan (SMPP/EMIS) dan HRMIS
KELUAR SEKOLAH PADA WAKTU BERTUGAS
➢ Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu bertugas kecuali atas sebab-
sebab yang perlu seperti arahan PPD/JPN atau hal-hal yang tidak dapat dielakkan dengan
kebenaran Pengetua.
➢ Guru yang perlu keluar dalam waktu bertugas hendaklah memaklumkan sendiri kepada Pengetua
atau Penolong Kanan (semasa ketiadaan pengetua) dan mencatat di dalam HRMIS.
➢ Setelah mendapatkan kebenaran, guru juga perlu mengisi maklumat dalam Borang Permohonan
Keluar Dalam Waktu bertugas untuk pengesahan dan rekod Pengetua / Penolong Kanan. Surat
sokongan seperti surat panggilan mesyuarat mestilah disertakan.
URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH
➢ Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan mematuhi arahan-arahan pekeliling yang
berkaitan kebenaran berbagai jenis cuti dan tidak hadir bertugas.
➢ Dalam keadaan biasa, guru layak mengambil Cuti Rehat Khas selama 10 hari dalam setahun
dengan syarat permohonan cuti mestilah dimohon 3 hari lebih awal dengan mengemukakan
borang permohonan cuti dan mendapat kebenaran Pengetua/ Penolong Kanan.
36
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

