Page 49 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 49

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                           SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022



               PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

                   ➢  Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau harta benda sekolah dan menggunakannya dengan
                       mengikut peraturan-peraturan semasa menggunakannya di sekolah.
                   ➢  Penggunaan  /  pinjaman  alatan  /  harta  benda  sekolah  hendaklah  terlebih  dahulu  mendapat
                       kebenaran guru penjaganya dan pinjaman / penggunaan / pulangan hendaklah direkodkan.
                   ➢  Guru mesti memaklumkan dan mengganti / membaiki kerosakan alatan / harta benda sekolah yang
                       dipinjam / digunakan.
                   ➢  Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan / harta benda sekolah untuk kegunaan
                       peribadi kecuali komputer riba untuk tujuan PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
                   ➢  Komputer riba dan projector LCD hendaklah diserahkan kepada pihak Pengetua/wakilnya di hari
                       terakhir persekolahan dan merekodkan dalam borang KEW P.A 5 dan KEW P.A 7.

               MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT

                   ➢  Guru  wajib  menghadiri  taklimat  /  mesyuarat  yang  diadakan  oleh  Pengetua  /wakil-wakilnya/
                       jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat sekolah.
                   ➢  Jika  tidak  dapat  menghadiri  taklimat  /  mesyuarat  atas  sebab-sebab  tertentu,  guru  perlu
                       memberitahu Pengetua dengan mengemukakan alasan bertulis.
                   ➢  Semua mesyuarat di peringkat sekolah hendaklah dijalankan secara profesional dan teratur.
                   ➢  Guru dikehendaki membuat laporan /minit curai mengenai mesyuarat yang dihadiri di luar sekolah
                       dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan sekolah.














































                                                                                                           43
                         MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54