Page 46 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 46

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                           SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022



               URUSAN KE JPN DAN PPD

                   ➢  Guru tidak dibenarkan ke JPN atau ke PPD untuk menguruskan hal-hal persendirian pada waktu
                       bertugas tanpa kebenaran Pengetua.
                   ➢  Guru yang hendak berurusan dengan JPN atau PPD dikehendaki membawa surat kebenaran /
                       pengesahan yang ditandatangani oleh Pengetua.

               MENGIKUTI PJJ / KURSUS / SEMINAR

                   ➢  Guru wajib merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan KPM, JPN, PPD berkaitan
                       dengan PJJ, kursus, seminar dan sebagainya.
                   ➢  Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua sekolah untuk pengesahan.
                   ➢  Permohonan cuti kerana mengikuti PJJ dan seumpamanya hendaklah dikemukakan beserta surat
                       sokongan maklumat kepada Pengetua terlebih dahulu sebelum meninggalkan sekolah.

               MAKAN MINUM WAKTU PERSEKOLAHAN


                   ➢  Guru  tidak  dibenarkan  keluar  dari  kawasan  sekolah  untuk  tujuan  makan  /  minum  pada  waktu
                       persekolahan.
                   ➢  Makan / minum hendaklah di kantin sekolah (mengikut perkembangan / situasi semasa).
                   ➢  Gunakan waktu makan / minum dengan kadar sewajarnya pada waktu luang (free period) dan
                       elakkan pembaziran waktu dengan berbual-bual di kantin sekolah.

               BILIK-BILIK KHAS

                   ➢  Guru Penyelaras Bilik Khas bertanggungjawab memastikan semua alatan dan bilik dalam keadaan
                       baik, selamat bersih dan tersusun.
                   ➢  Satu inventori alatan dan perabot hendaklah ditampal di dalam bilik tersebut.
                   ➢  Jika  bilik  terlibat  menyediakan  perkhidmatan  pelajar,  satu  jadual  penggunaan  bilik  hendaklah
                       disediakan dan ditampal di pintu bilik berkenaan.
                   ➢  Pelajar tidak dibenarkan berada dalam bilik khas tanpa pengawasan guru.
                   ➢  Salinan pendua kunci bilik khas hendaklah diserah dan disimpan di Pejabat Sekolah.
                   ➢  Sentiasa mematuhi arahan Pengetua dari masa ke semasa.

               HUKUMAN TERHADAP MURID

                   ➢  Guru wajib merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan KPM, JPN, PPD berkaitan
                       hukuman terhadap murid.
                   ➢  Guru  tidak  dibenarkan  mengenakan  hukuman  dera  (Corporal  Punishment)  tanpa  kebenaran
                       Pengetua.
                   ➢  Guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman dengan mengarahkan murid berdiri di atas kerusi,
                       meja, atau tindakan yang boleh mencederakan pelajar atau menyebabkan kesan pada kesihatan
                       murid.








                                                                                                           40
                         MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51