Page 48 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 48
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
D. PERSEDIAAN SOALAN UJIAN / PEPERIKSAAN
i. Pengerusi Panitia Mata Pelajaran bertanggungjawab menetapkan tugas menyediakan soalan
ujian peperiksaan formal.
ii. Guru penyedia soalan bertanggungjawab memastikan soalan peperiksaan disediakan dengan
teliti dan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran berpandukan Jadual Spesifikasi Item (JSI)
iii. Soalan ujian / peperiksaan hendaklah disediakan lebih awal dari tarikh peperiksaan supaya
urusan percetakan dapat dilaksanakan dengan teratur.
iv. Soalan ujian / peperiksaan hendaklah disemak sebelum dicetak. Soalan yang dicetak
hendaklah disemak dari segi jumlah, mutu cetakan dan disimpan ditempat yang selamat.
v. Guru penyedia soalan bertanggungjawab menyediakan erata / pembetulan jika berlaku
sebarang kesilapan pada soalan.
E. PERINGATAN PENTING
i. Guru-guru diingatkan supaya memeriksa kertas jawapan murid di kelas semasa proses PdP
selepas ujian / peperiksaan.
ii. Semua Guru Subjek bertanggungjawab mengawal perjalanan ujian bertulis formal secara
bergilir mengikut jadual waktu persendirian masing-masing kecuali satu jadual pengawasan
khas disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
iii. Guru bertugas bertanggungjawab mengisi markah dan keputusan ujian / peperiksaan dalam
Penyata Ujian Bulanan/Penyata Kemajuan Murid dan menyerahkan kepada
Pengetua/wakilnya untuk pengesahan sebelum dihantar kepada ibu/bapa/penjaga.
iv. Guru Tingkatan bertanggungjawab mengumpul kembali Penyata Ujian Bulanan dan Penyata
Kemajuan Murid setelah ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga dan menyimpannya. Bagi
murid Tingkatan 5, kedua-dua penyata ini hendaklah diserahkan kepada murid pada akhir
tahun.
v. Guru Tingkatan bertanggungjawab mengisi markah dan keputusan peperiksaan dalam Kad
001/002.
PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM
- Merujuk Pekeliling Ikhtisas bil.8/2007 adalah diarahkan :-
1. Murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu
persekolahan.
2. Murid seboleh-bolehnya memakai pakaian seragam badan beruniform yang lengkap atau
sebahagian daripadanya (baju-T berkolar) yang melambangkan pasukannya.
3. Perhimpunan bulanan Kokurikulum hendaklah diadakan pada hari pertama minggu ke-3
setiap bulan.
4. Perhimpunan hendaklah dikendalikan oleh murid dengan bimbingan dan panduan guru.
42
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

