Page 37 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 37
MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
SMK TAMAN KOTA JAYA
DASAR PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
KOMITMEN GURU
Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah:
✓ Panduan Perkhidmatan cemerlang.Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia dan Etika Kerja
Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua
guru.
✓ Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha
untuk mencapai objektif tersebut.
✓ Guru sebagai satu profesion dan berusaha menjaga imejnya.
✓ Melaksanakan tugas dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, kejujuran
dan bertanggungjawab.
✓ Anggaplah murid yang diajar dan dididik sebagai anak / adik sendiri dan amanah yang
masa depan mereka dipertanggungjawabkan kepada guru.
✓ Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej kepimpinan dinamik dan kecekapan
menjalankan tugas.
✓ Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profesion perguruan seperti
ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai dan sebagainya.
✓ Berusaha meningkatkan pretasi dan nama baik sekolah dan bersedia bekerjasama dengan
masyarakat sekolah dan luar sekolah
WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
AHAD HINGGA KHAMIS
1. Sesi pagi - 7.00 pagi hingga 2.00 petang
2. Sesi petang - 12.30 petang hingga 6.50 petang
*Semua guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
WAKTU HADIR BERTUGAS
✓ Guru bertanggungjawab berada di sekolah sebelum 7.00 pagi / 1.00 petang.
✓ Guru bertanggungjawab menandatangani buku rekod kehadiran sebaik sahaja tiba di
sekolah dan selepas tamat waktu persekolahan.
✓ Guru dianggap tidak hadir ke sekolah jika tidak menandatangani Buku Rekod Kehadiran.
37

