Page 38 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 38

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                                   SMK TAMAN KOTA JAYA





               MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU MURID
                       ✓  Guru  wajib  menyemak  dan  memeriksa  buku  murid  selepas  memberikan  nota,  latihan,
                          tugasan dan sebagainya bagi memastikan murid membuat tugasan yang diberikan.
                       ✓  Guru hendaklah menggunakan dakwat merah untuk memeriksa buku murid.
                       ✓  Guru  hendaklah  mencatatkan  tandatangan  ringkas,  tarikh  pemeriksaan,  markah/gred  dan
                          kata-kata perangsang/nasihat/komen selepas memeriksa buku murid.
                       ✓  Guru  hendaklah  mengarahkan  murid  membuat  pembetulan  kepada  kesalahan  yang
                          dilakukannya dan pembetulan itu hendaklah disemak dan diperiksa oleh guru.
                       ✓  Buku-buku murid hendaklah disemak dan diperiksa serta dikembalikan dengan segera.
                       ✓  Guru  tidak  dibenarkan  mengarah  murid  menghantar  buku  untuk  tujuan  semakan  dan
                          pemeriksaan pada waktu PdP dijalankan di kelas. Murid hanya dibenarkan menghantar  buku
                          pada waktu lapang seperti waktu rehat atau selepas tamat waktu persekolahan.

               LAWATAN / MAJLIS

                   -   Lawatan  sambil  belajar,  perkhemahan  dan  majlis  perpisahan  kelas-kelas  boleh  dianjurkan
                       dengan kebenaran Pengetua / Pegawai Pelajaran Daerah / Pengarah Pelajaran Negeri


                           ➢  Lawatan dan perkhemahan dalam kawasan sekolah  -  Kebenaran Pengetua
                           ➢  Lawatan dan perkhemahan dalam daerah       - Kebenaran PPD
                           ➢  Lawatan dan perkhemahan luar daerah - Kebenaran Pengarah JPNJ

                   -   Borang permohonan rasmi dan dokumen-dokumen sokongan yang telah dilengkapkan hendaklah
                       dikemukakan kepada Pengetua untuk pengesahan

                   -   Segala  maklumat  berhubung  dengan  program  lawatan  juga  perlu  dirujuk  kepada  PK
                       Kokurikulum.

               PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

                   -   Guru wajib menghadiri perhimpunan rasmi sekolah.
                   -   Perhimpunan rasmi sekolah dijalankan mengikut ketetapan berikut ;
                          ➢  Hari Isnin
                          ➢  Jam 7.30 pagi hingga 8.10 pagi bagi sesi pagi
                          ➢  Jam 5.40 petang hingga 6.45 petang sesi petang
                          ➢  Aturcara :-
                                 ▪   Bacaan doa
                                 ▪   Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah serta menaikkan bendera
                                 ▪   Laporan daripada guru bertugas
                                 ▪   Ucapan Pengetua/ Penolong Kanan
                                 ▪   Perkara lain yang berkaitan
                                 ▪   Nyanyian Lagu Negaraku
                   -   Perhimpunan  sekolah  hendaklah  dijalankan  dengan  ringkas  dan  tidak  mengambil  masa  yang
                       berlarutan.
                   -   Jika tiada perhimpunan rasmi, guru tingkatan diminta mengadakan mesyuarat / pengurusan kelas
                       masing-masing bersama-sama para pelajar.




                                                                                                           38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43