Page 42 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 42
MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
SMK TAMAN KOTA JAYA
PEJABAT GURU
➢ Pejabat Guru adalah nama yang diterima pakai bagi menggantikan Bilik Guru.
➢ Pejabat Guru adalah tempat bekerja bagi semua guru.
➢ Masa rehat / luang (free period) di Pejabat Guru sebaik-baiknya digunakan untuk memeriksa
buku latihan murid, menanda kertas ujian atau peperiksaan, membuat persediaan pengajaran
dan hal-hal profesional lain.
➢ Dilarang merokok dan bermain dam, catur dan sebagainya dalam Pejabat Guru.
➢ Murid dilarang masuk ke Pejabat Guru pada waktu PdP. Murid hanya boleh masuk ke Pejabat
Guru dengan kebenaran Guru dan pada waktu-waktu tertentu seperti waktu rehat.
➢ Guru tidak digalakkan berjumpa dengan murid dalam Pejabat Guru terutamanya yang melibatkan
kes-kes disiplin. Urusan kes disiplin mestilah dibuat di Bilik Disiplin.
➢ Pejabat Guru bukan tempat makan minum. Makanan / minuman hendaklah dimakan / minum di
kantin sekolah.
➢ Guru bertanggungjawab memastikan tempat duduk persendirian berada dalam keadaan kemas,
bersih dan buku-buku disusun dengan rapi.
➢ Guru bertanggungjawab bekerjasama menjaga kebersihan, keceriaan, dan keselesaan Pejabat
Guru yang menjadi tempat menggambarkan imej guru-guru sendiri di sekolah.
➢ Jawatankuasa Pejabat Guru bertanggungjawab mengenai semua hal yang berkaitan Pejabat
Guru.
➢ Setiap rancangan atau projek anjuran Jawatankuasa Pejabat Guru hendaklah dimaklumkan
kepada Pengetua/wakilnya yang berfungsi sebagai penasihat.
➢ Jawatankuasa Pejabat Guru dan guru-guru bertnggungjawab melaksanakan arahan
Pengetua/wakilnya dari masa ke semasa.
BILIK DARJAH / KELAS
➢ Sebelum memulakan PdP, guru bertanggungjawab memastikan bilik darjah bersih serta ceria
dengan kerusi meja murid tersusun rapi.
➢ Guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan pintu bilik darjah dikunci selepas tamat waktu
persekolahan.
ORANG LUAR BERJUMPA GURU
➢ Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa guru dan murid tanpa mendapat
kebenaran Pengetua sekolah. Guru-guru diingatkan supaya bertanya kepada orang luar yang
ingin berjumpa dengan guru / murid samada telah mendapat kebenaran oleh Pengetua atau
tidak.
➢ Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang ingin berjumpa dengan guru / murid supaya
mendapatkan kebenaran Pengetua terlebih dahulu .
➢ Orang luar yang ingin berjumpa dengan guru / murid hendaklah mengisi maklumat diri dan tujuan
lawatan dalam Buku Lawatan Khas sebelum dibenarkan berjumpa dengan guru / murid.
➢ Orang luar termasuk Ibu / Bapa dilarang berjumpa dengan guru atau murid di kelas semasa
waktu PdP sedang dijalankan.
URUSAN KE JPN DAN PPD
➢ Guru tidak dibenarkan ke JPN atau ke PPD untuk menguruskan hal-hal persendirian pada waktu
bertugas tanpa kebenaran Pengetua.
➢ Guru yang hendak berurusan dengan JPN atau PPD dikehendaki membawa surat kebenaran /
pengesahan yang ditandatangani oleh Pengetua.
42

