Page 39 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 39

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                                   SMK TAMAN KOTA JAYA




               PAKAIAN DAN PERSONALITI
                   ➢  Guru  hendaklah  memakai  pakaian  yang  kemas  mengikut  peraturan  yang  telah  ditetapkan
                       PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/85 serta melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.
                   ➢  Tanda  nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di sekolah, majlis rasmi, dan tugas
                       rasmi diluar sekolah.
                   ➢  Memakai  pakaian  sukan  atau  baju  T  tidak  dibenarkan  semasa  mengajar  di  kelas,  mesyuarat
                       sekolah dan majlis rasmi sekolah (kecuali guru yang mempunyai jadual PJK pada hari tersebut)
                   ➢  Guru lelaki  mestilah  memakai  tali leher semasa bertugas kecuali  dalam keadaan tertentu  iaitu
                       waktu pengajaran dan pembelajaran PJK dan bengkel.
                   ➢  Pakaian  dan  personaliti  guru  termasuk  rambut  hendaklah  sentiasa  berkeadaan  kemas  supaya
                       menjadi contoh yang baik kepada murid.
                   ➢  Pakaian  pada  hari  Ahad  ialah  batik  Malaysia  (lengan  panjang  bagi  lelaki),  pada  hari  Khamis
                       semua guru lelaki amat digalakkan memakai baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok.

               URUSAN DAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
                   ➢  Guru  bertanggungjawab  mengemaskini  maklumat  perkhidmatan  dan  perjawatan  dengan
                       Pemantu Tadbir (Perkhidmatan dan Perjawatan) atau hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan
                       dengan kebenaran Pengetua.
                   ➢  Guru  bertanggungjawab  mengemaskini  maklumat  perkhidmatan  dan  perjawatan  dalam  Sistem
                       Pengurusan Pendidikan (SMPP/EMIS) dan HRMIS


               KELUAR SEKOLAH PADA WAKTU BERTUGAS
                   ➢  Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu bertugas kecuali atas sebab-
                       sebab  yang  perlu  seperti  arahan  PPD/JPN  atau  hal-hal  yang  tidak  dapat  dielakkan  dengan
                       kebenaran Pengetua.
                   ➢  Guru  yang  perlu  keluar  dalam  waktu  bertugas  hendaklah  memaklumkan  sendiri  kepada
                       Pengetua atau Penolong Kanan (semasa ketiadaan pengetua) untuk mendapatkan kebenaran.
                   ➢  Setelah  mendapatkan  kebenaran,  guru  perlu  mengisi  maklumat  dalam  Borang  Permohonan
                       Keluar Dalam Waktu bertugas untuk pengesahan dan rekod Pengetua / Penolong Kanan. Surat
                       sokongan seperti surat panggilan mesyuarat mestilah disertakan.


               URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH
                   ➢  Guru  mesti  merujuk,  membaca,  memahami  dan  mematuhi  arahan-arahan  pekeliling  yang
                       berkaitan kebenaran berbagai jenis cuti dan tidak hadir bertugas.
                   ➢  Dalam keadaan  biasa, guru layak mengambil  Cuti Rehat Khas selama 7 hari  dalam setahun
                       dengan  syarat  permohonan  cuti    mestilah  dimohon  3  hari  lebih  awal  dengan  mengemukakan
                       borang permohonan cuti dan mendapat kebenaran Pengetua/ Penolong Kanan.











                                                                                                           39
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44