Page 40 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 40

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                                   SMK TAMAN KOTA JAYA





               WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                   ➢  Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan Kementerian
                       Pendidikan, Jabatan Pendidikan, dan PPD berkaitan jadual waktu.
                   ➢  Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau tempat mengajar seperti makmal sains / bengkel
                       mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
                   ➢  Guru  tidak  dibenarkan  membuat  kerja-kerja  lain  seperti  menaip  soalan  peperiksaan  dan
                       menanda kertas ujian atau peperiksaan dalam masa PdP.
                   ➢  Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab yang tertentu seperti
                       dipanggil oleh Pengetua.
                   ➢  Guru  bertanggungjawab  memastikan  dan  mendapatkan  maklumat  kehadiran  semua  murid
                       sebelum memulakan PdP di kelas.
                   ➢  Guru  bertanggungjawab  memastikan  murid  tidak  keluar  dari  kelas  semasa  PdP  dijalankan
                       kecuali atas sebab-sebab yang perlu seperti dipanggil oleh Pengetua.
                   ➢  Keselamatan murid dalam waktu PdP adalah menjadi tanggungjawab guru.
                   ➢  Guru  mesti  sentiasa  ingat  bahawa  masa  luang  (free  period)  adalah  masa  bekerja  dan  perlu
                       digunakan dengan cara yang betul seperti memeriksa buku latihan murid.
                   ➢  Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru sewaktu PdP.
                   ➢  Loceng akan dibunyikan mengikut waktu yang ditetapkan.

               JADUAL GURU GANTI (RELIEF)
                   ➢  Guru  dikehendaki  mematuhi  jadual  ganti  dan  berada  di  kelas  sebagaimana  diarahkan  oleh
                       Pengetua / Penolong Kanan.
                   ➢  Jadual  ganti  dianggap  sebagai  waktu  bekerja/mengajar  dan  menjalankan  PdP  jika  bertugas  di
                       kelas  guru  berkenaan  mengajar  sesuatu  mata  pelajaran  dengan  menggunakan  modul  yang
                       disediakan oleh guru/panitia mata pelajaran yang berkenaan.
                   ➢  Jika diarahkan mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan
                       hendaklah  mematuhi  arahan  tersebut.  Proses  PdP  hendaklah  direkodkan  didalam  buku  dalam
                       BUKU REKOD MENGAJAR
                       .
               SURAT-SURAT PEKELILING / ARAHAN
                   ➢  Guru  mesti  merujuk,  membaca,  memahami  dan  melaksanakan  arahan-arahan  pekeliling
                       Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, dan PPD.
                   ➢  Surat arahan / salinan yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami, diambil tindak
                       ikut yang sewajarnya. Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem fail
                       surat menyurat sekolah dan ditandatangani oleh Pengetua/wakilnya.
                   ➢  Apabila  diarahkan  melaksanakan  tugas,  guru  hendaklah  melaksanakan  sendiri  tugas  tersebut.
                       Guru yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi
                       pihak dirinya.
                   ➢  Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat
                       dielakkan  dan  dipersetujui  oleh  pihak  yang  menggantikannya  Pengetua/wakilnya  hendaklah
                       diberitahu secara bertulis.
                   ➢  Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Pengetua dari masa
                       ke semasa dengan betul, sempurna mengikut peraturan dan menepati masa.





                                                                                                           40
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45