Page 45 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 45
MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
SMK TAMAN KOTA JAYA
D. PERINGATAN PENTING
i. Guru-guru diingatkan supaya memeriksa kertas jawapan murid di kelas semasa proses PdP
selepas ujian / peperiksaan.
ii. Semua Guru Subjek bertanggungjawab mengawal perjalanan ujian bertulis formal secara
bergilir mengikut jadual waktu persendirian masing-masing kecuali satu jadual pengawasan
khas disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
iii. Guru bertugas bertanggungjawab mengisi markah dan keputusan ujian / peperiksaan dalam
Penyata Ujian Bulanan/Penyata Kemajuan Murid dan menyerahkan kepada
Pengetua/wakilnya untuk pengesahan sebelum dihantar kepada ibu/bapa/penjaga.
iv. Guru Tingkatan bertanggungjawab mengumpul kembali Penyata Ujian Bulanan dan Penyata
Kemajuan Murid setelah ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga dan menyimpannya. Bagi
murid Tingkatan5, kedua-dua penyata ini hendaklah diserahkan kepada murid pada akhir
tahun.
v. Guru Tingkatan bertanggungjawab mengisi markah dan keputusan peperiksaan dalam Kad
001/002.
PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM
- Merujuk Pekeliling Ikhtisas bil.8/2007 adalah diarahkan ;-
1. Murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu
persekolahan.
2. Murid seboleh-bolehnya memakai pakaian seragam badan beruniform yang lengkap atau
sebahagian daripadanya ( baju-T berkolar ) yang melambangkan pasukannya.
3. Perhimpunan bulanan KOKO hendaklah diadakan pada hari pertama minggu ke-3 setiap
bulan.
4. Perhimpunan hendaklah dikendalikan oleh murid dengan bimbingan dan panduan guru.
PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
➢ Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau harta benda sekolah dan menggunakannya
dengan mengikut peraturan-peraturan semasa menggunakannya di sekolah.
➢ Penggunaan / pinjaman alatan / harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran guru penjaganya dan pinjaman / penggunaan / pulangan hendaklah direkodkan.
➢ Guru mesti memaklumkan dan mengganti / membaiki kerosakan alatan / harta benda sekolah
yang dipinjam / digunakan.
➢ Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan / harta benda sekolah untuk kegunaan
peribadi kecuali komputer riba untuk tujuan PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
➢ Komputer riba dan projector LCD hendaklah diserahkan kepada pihak Pengetua/wakilnya di hari
terakhir persekolahan dan merekodkan dalam borang KEW P.A 5 dan KEW P.A 7.
MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT
➢ Guru wajib menghadiri taklimat / mesyuarat yang diadakan oleh Pengetua /wakil-wakilnya/
jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat sekolah.
➢ Jika tidak dapat menghadiri taklimat / mesyuarat atas sebab-sebab tertentu, guru perlu
memberitahu Pengetua dengan mengemukakan alasan bertulis.
➢ Semua mesyuarat di peringkat sekolah hendaklah dijalankan secara profesional dan teratur.
➢ Guru dikehendaki membuat laporan /minit curai mengenai mesyuarat yang dihadiri di luar
sekolah dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan sekolah.
45

