Page 43 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 43

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                                   SMK TAMAN KOTA JAYA



               MENGIKUTI PJJ / KURSUS / SEMINAR
                   ➢  Guru wajib merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan KPM, JPN, PPD berkaitan
                       dengan PJJ, kursus, seminar dan sebagainya.
                   ➢  Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua sekolah untuk pengesahan.
                   ➢  Permohonan  cuti  kerana  mengikuti  PJJ  dan  seumpamanya  hendaklah  dikemukakan  beserta
                       surat sokongan maklumat kepada Pengetua terlebih dahulu sebelum meninggalkan sekolah.

               MAKAN MINUM WAKTU PERSEKOLAHAN
                   ➢  Guru  tidak  dibenarkan  keluar  dari  kawasan  sekolah  untuk  tujuan  makan  /  minum  pada  waktu
                       persekolahan.
                   ➢  Makan / minum hendaklah di kantin sekolah.
                   ➢  Gunakan waktu makan / minum dengan kadar sewajarnya pada waktu luang (free period) dan
                       elakkan pembaziran waktu dengan berbual-bual di kantin sekolah.
               BILIK-BILIK KHAS
                   ➢  Guru  Penyelaras  Bilik  Khas  bertanggungjawab  memastikan  semua  alatan  dan  bilik  dalam
                       keadaan baik, selamat bersih dan tersusun.
                   ➢  Satu inventori alatan dan perabot hendaklah ditampal di dalam bilik tersebut.
                   ➢  Jika  bilik  terlibat  menyediakan  perkhidmatan  pelajar,  satu  jadual  penggunaan  bilik  hendaklah
                       disediakan dan ditampal di pintu bilik berkenaan.
                   ➢  Pelajar tidak dibenarkan berada dalam bilik khas tanpa pengawasan guru.
                   ➢  Salinan pendua kunci bilik khas hendaklah diserah dan disimpan di Pejabat Sekolah.
                   ➢  Sentiasa mematuhi arahan Pengetua dari masa ke semasa.
               HUKUMAN TERHADAP MURID
                   ➢  Guru wajib merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan KPM, JPN, PPD berkaitan
                       hukuman terhadap murid.
                   ➢  Guru  tidak  dibenarkan  mengenakan  hukuman  dera  (Corporal  Punishment)  tanpa  kebenaran
                       Pengetua.
                   ➢  Guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman dengan mengarahkan murid berdiri di atas kerusi,
                       meja, atau tindakan yang boleh mencederakan pelajar atau menyebabkan kesan pada kesihatan
                       murid.
               PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK

                   ➢  Guru/kakitangan  sekolah  diminta  memberikan  kerjasama  kearah  menjimatkan  penggunaan  air
                       dan elektrik.
                   ➢  Guru  digalakkan  sentiasa  memberitahu  dan  mengingatkan  murid  tentang  pentingnya
                       menjimatkan penggunaan air dan elektrik.
                   ➢  Sebelum meninggalkan bilik/bengkel/makmal pastikan suis elektrik dimatikan begitu juga dengan
                       paip air ditutup.











                                                                                                           43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48