Page 44 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 44

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                                   SMK TAMAN KOTA JAYA



               UJIAN, PEPERIKSAAN DAN DOKUMEN PEMARKAHAN
               A.  UJIAN FORMATIF (TIDAK SELARAS)
                      i.   Ujian ini hendaklah diadakan mengikut jangkawaktu yang ditetapkan/diarahkan.
                     ii.   Ujian ini dilakukan dengan menggunakan satu/dua waktu PdP.
                     iii.   Guru Subjek boleh menyediakan bilangan dalam bentuk soalan yang sesuai dengan masa
                          yang diperuntukkan dan tahap kecekapan murid dalam kelas.
                     iv.   Guru Subjek bertanggungjawab mengawasi perjalanan ujian dalam waktu pengajarannya.
                     v.   Guru  Subjek  hendaklah  memeriksa,  memberi  markah  dan  menyerahkan  markah  kepada
                          guru tingkatan mengikut tarikh yang ditetapkan.
                     vi.   Markah perlu direkod dalam Buku Rekod Mengajar Guru.
                    vii.   Guru Tingkatan dan Penyelaras Peperiksaan hendaklah menganalisis keputusan ujian untuk
                          disemak oleh Pengetua/wakilnya.
               B.  UJIAN SUMATIF (SELARAS)
                      i.   Ujian ini hendaklah diadakan mengikut jangkawaktu yang ditetapkan.
                     ii.   Bilangan dan bentuk soalan hendaklah selaras bagi semua kelas dalam satu tingkatan.
                     iii.   Guru  Subjek  hendaklah  memeriksa,  memberi  markah  dan  menyerahkan  markah  kepada
                          Guru Tingkatan mengikut tarikh yang ditetapkan.
                     iv.   Markah perlu direkod dalam fail / Buku Rekod Mengajar Guru.
                     v.   Guru Tingkatan dan Penyelaras Peperiksaan hendaklah menganalisis keputusan ujian untuk
                          disemak  oleh  Pengetua/wakilnya  dan  untuk  tindakan  Ketua  Panitia  Mata  Pelajaran
                          berkenaan.
               C.  PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, AKHIR TAHUN DAN PERCUBAAN
                      i.   Peperiksaan  ini  hendaklah  diadakan  mengikut  jadual  dan  dalam  jangka  masa  yang
                          ditetapkan.
                     ii.   Bilangan,  bentuk  soalan  dan  bilangan  kertas  dan  masa  setiap  mata  pelajaran  hendaklah
                          selaras  bagi  semua  kelas  dalam  satu  tingkatan  sebagaimana  format  peperiksaan  yang
                          sebenar.
                     iii.   Guru  Subjek  hendaklah  memeriksa,  memberi  markah  dan  menyerahkan  markah  kepada
                          Guru Tingkatan mengikut tarikh yang ditetapkan.
                     iv.   Markah perlu direkod dalam fail / Buku Rekod Mengajar Guru.
                     v.   Guru  Tingkatan  dan  Penyelaras  Peperiksaan  hendaklah  menganalisis  keputusan
                          peperiksaan untuk disemak oleh Pengetua/wakilnya.

               D.    PERSEDIAAN SOALAN UJIAN / PEPERIKSAAN
                      i.   Pengerusi Panitia Mata Pelajaran bertanggungjawab menetapkan tugas menyediakan soalan
                          ujian peperiksaan formal.
                     ii.   Guru  penyedia  soalan  bertanggungjawab  memastikan  soalan  peperiksaan  disediakan
                          dengan teliti dan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran berpandukan Jadual Spesifikasi
                          Item (JSI)
                     iii.   Soalan ujian / peperiksaan hendaklah disediakan lebih awal dari tarikh peperiksaan supaya
                          urusan percetakan dapat dilaksanakan dengan teratur.
                     iv.   Soalan  ujian  /  peperiksaan  hendaklah  disemak  sebelum  dicetak.  Soalan  yang  dicetak
                          hendaklah disemak dari segi jumlah, mutu cetakan dan disimpan ditempat yang selamat.
                     v.   Guru  penyedia  soalan  bertanggungjawab  menyediakan  erata  /  pembetulan  jika  berlaku
                          sebarang kesilapan pada soalan.





                                                                                                           44
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49