Page 91 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 91
MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
SMK TAMAN KOTA JAYA
MANUAL TUGASAN UNIT KOKURIKULUM
5.2.1 PERATURAN-PERATURAN DALAM PROSEDUR
KESELAMATAN PELAJAR KETIKA MENJALANI
AKTIVITI KOKURIKULUM
1.0 Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum (Umum)
1.1 Tatacara pelajar
1.1.1 Pelajar mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa /penjaga masing-masing.
1.1.2 Semua pelajar mesti mengikuti program yang diadakan di peringkat sekolah kecuali yang diberi pengecualian
dengan mengemukakan surat akuan/doktor.
1.1.3 Pelajar mesti mematuhi syarat/ peraturan yang ditetapkan untuk pelaksanaan program.
1.1.4 Pelajar mesti akur dengan arahan pemimpin/penasihat/guru sewaktu program.
1.1.5 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing.
1.1.6 Pelajar dilarang meninggalkan program tanpa kebenaran.
1.1.7 Pelajar dikehendaki membuat persediaan diri sewajarnya mengikut program yang akan dijalankan/disertai.
1.1.8 Pelajar mesti sentiasa menjaga nama baik diri,keluarga dan sekolah.
1.2 Tatacara pemimpin / penasihat / guru
1.2.1 Pemimpin/penasihat mesti mengemukakan cadangan/perancangan aktiviti kepada SU Kokurikulum untuk
perbincangan,semakan dan kebenaran.
1.2.2 Pemimpin/penasihat hendaklah menilai peserta yang benar-benar layak.
1.2.3 Pemimpin/penasihat hendaklah menyediakan susunan program dan peraturan.
1.2.4 Pemimpin/penasihat hendaklah melaksanakan pakej keselamatan sepanjang masa.
1.2.5 Pemimpin/penasihat hendaklah menyediakan laporan dan menyerahkan kepada pihak PK Kokurikulum.
1.2.6 Pemimpin/penasihat mesti mengambil langkah berjaga-jaga setiap masa ( meramal risiko )
1.3 Peranan ibu bapa
1.3.1 Mengambil tahu aktiviti yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
1.3.2 Meneliti borang yang disediakan/menangani surat kebenaran.
1.3.3 Mengenal pasti keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti.
1.3.4 Mengenal pasti guru-guru yang menguruskan aktiviti.
2.0 Penggunaan Bilik Sukan , Alatan Dan Kemudahan Sukan
2.1 Tatacara pelajar.
2.1.1 Pelajar dilarang masuk ke bilik sukan tanpa urusan/kebenaran.
2.1.2 Pelajar hendaklah memberitahu alatan/kemudahan yang diperlukan kepada guru/pengawas sukan yang bertugas.
2.1.3 Pelajar hendaklah menandatangani buku pinjaman/pemulangan alatan.
2.1.4 Pelajar mesti menggunakan alatan mengikut arahan/peraturan.
2.1.5 Pelajar hendaklah memeriksa alatan yang akan digunakan.
2.1.6 Pelajar hendaklah memulangkan semula alatan ke tempat asal.
2.1.7 Pelajar dilarang membawa peralatan keluar dari Bilik Sukan tanpa rekod.
2.1.8 Pelajar dikehendaki menulis surat permohonan untuk meminjam peralatan dan kemudahan untuk kegunaan masa
lain (program/aktiviti).
2.1.9 Pelajar dilarang mengubah sebarang kedudukan peralatan di dalam Bilik Operasi Sukan tanpa kebenaran
2.1.10 Pelajar dilarang menggunakan/berada di padang dan gelanggang pada masa hujan.
2.1.11 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sewaktu menjalankan aktiviti dan menggunakan peralatan
sukan.
2.1.12 Pelajar mesti melaporkan kepada guru sekiranya berlaku kecemasan/kemalangan.
2.2 Tatacara pemimpin / penasihat / guru.
2.2.1 Pemimpin / penasihat / guru boleh mengarahkan mana-mana pelajar untuk mengambil peralatan / kemudahan.
2.2.3 Pemimpin / penasihat / guru hendaklah menyelia / memantau proses yang terlibat ( meminjam dan memulangkan ).
2.2.4 Pemimpin / penasihat / guru perlu membuat catatan / laporan kemalangan jika ada di dalam buku yang disediakan di
Bilik Sukan.
2.2.5 Pemimpin / penasihat / guru hendaklah memastikan pelajar menggunakan peralatan / kemudahan mengikut
peraturan yang betul.
2.2.6 Pemimpin / penasihat / guru bertanggungjawab untuk mengambil sebarang langkah berjaga-jaga sewaktu
menggunakan peralatan / kemudahan.
91

