Page 92 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 92

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                               SMK TAMAN KOTA JAYA
           3.0    Sukan Dan Permainan

           3.1    Tatacara pelajar.
           3.1.1   Pelajar hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini kepada guru sebelum menjalankan sebarang aktiviti.
           3.1.2   Pelajar mesti memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti   dijalankan.
           3.1.3   Pelajar mesti melaporkan taraf kesihatan sekiranya merasa tidak selesa sewaktu  aktiviti dijalankan.
           3.1.4   Pelajar hendaklah menunggu arahan guru sebelum aktiviti dimulakan.
           3.1.5   Pelajar dilarang melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.
           3.1.6   Pelajar mesti mengikut arahan semasa melakukan aktiviti.
           3.1.7   Sekiranya  anda  merasa  tidak  selesa  atau  di  luar  kemampuan  diri  semasa  aktiviti  sila  berhenti  dan  memberitahu
                  kepada guru.
           3.1.8   Pelajar mesti melakukan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.
           3.1.9   Pelajar hendaklah melaporkan kerosakan alat sebelum / semasa digunakan kepada guru/pengawas yang bertugas.
           3.1.10  Pelajar hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang bertugas.

           3.2    Tatacara jurulatih / guru / penasihat.
           3.2.1   Jurulatih / guru / penasihat bertanggungjawab menentukan jadual program dan hadir mengikut jadual.
           3.2.2   Jurulatih / guru / penasihat hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
           3.2.3   Jurulatih / guru / penasihat menentukan objektif aktiviti berdasarkan peralatan  dan kemampuan pelajar.
           3.2.3   Jurulatih / guru / penasihat hendaklah mengambil berat aduan pelajar (siasat ) tentang taraf kesihatan.
           3.2.4   Jurulatih / guru/ penasihat mesti mengambil langkah berjaga-jaga yang   sewajarnya untuk mengelakkan sebarang
                  kemalangan.
           3.2.5   Jurulatih/  guru  /  penasihat  mesti  memastikan  pelajar  mengamalkan  disiplin  yang  tinggi  dan  mematuhi  peraturan
                  sekolah.
           .
           4.0    Kegiatan Unit Beruniform

           4.1    Tatacara Pelajar
           4.1.1   Pelajar  hendaklah  memastikan  kesihatan  diri  untuk  menjalankan  aktiviti  dan  mengenakan  pakaian  yang  sesuai
                  mengikut aktiviti.
           4.1.2   Pelajar hendaklah berada di lokasi / tempat aktiviti pada masa yang ditentukan.
           4.1.3   Ketua / pengerusi hendaklah merekodkan kehadiran.
           4.1.4   Pelajar yang tidak hadir hendaklah dilaporkan segera.
           4.1.5   Pelajar hendaklah mematuhi arahan daripada guru / penasihat bila-bila masa.
           4.1.6   Pelajar hendaklah memastikan alatan yang digunakan tidak rosak dan   lengkap.
           4.1.7   Pelajar hendaklah melaporkan kepada guru sekiranya alatan yang dibekalkan atau digunakan rosak.
           4.1.8   Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kemalangan yang berlaku kepada guru / penasihat.

           4.2    Tatacara guru / penasihat
           4.2.1   Guru / penasihat bertanggungjawab menentukan jadual program dan    hadir mengikut jadual yang ditetapkan.
           4.2.2   Guru / penasihat hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
           4.2.3   Guru / penasihat menentukan objektif aktiviti berdasarkan peralatan    dan kemampuan pelajar.
           4.2.4   Guru / penasihat hendaklah mengambil berat aduan pelajar ( siasat )  tentang taraf kesihatan.
           4.2.5   Guru  /  penasihat  mesti  mengambil  langkah  berjaga-jaga  yang      sewajarnya  untuk  mengelakkan  sebarang
                  kemalangan.
           4.2.6   Guru / penasihat mesti memastikan pelajar mengamalkan disiplin   yang tinggi dan peraturan sekolah

           5.0    Kegiatan Persatuan dan Kelab

           5.1    Tatacara pelajar
           5.1.1   Pelajar hendaklah berada di bilik / tempat yang ditentukan tepat pada masa yang ditetapkan.
           5.1.2   Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
           5.1.3   Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai mengikut arahan.
           5.1.4   Pelajar hendaklah menunggu arahan guru sebelum aktiviti dimulakan.
           5.1.5   Pelajar dilarang melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.
           5.1.6   Pelajar mesti mengikut arahan semasa melakukan aktiviti.
           5.1.7   Sekiranya  anda  merasa  tidak  selesa  atau  di  luar  kemampuan  diri  semasa  aktiviti  sila  berhenti  dan  memberitahu
                  kepada guru.
           5.1.8   Pelajar mesti melakukan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.
           5.1.9   Pelajar hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang bertugas.

           5.2    Tatacara penasihat
           5.2.1   Penasihat bertanggungjawab menentukan jadual program dan hadir mengikut jadual.
           5.2.2   Penasihat hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
           5.2.3   Penasihat menentukan objektif aktiviti berdasarkan peralatan dan kemampuan pelajar.
           5.2.4   Penasihat hendaklah mengambil berat aduan pelajar ( siasat ) tentang taraf kesihatan.
           5.2.5   Penasihat mesti mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
           5.2.6   Penasihat mesti memastikan pelajar mengamalkan disiplin yang tinggi dan peraturan sekolah.



                                                                                                              92
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97