Page 8 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 4
P. 8
Latihan 13
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga akronim dan empat kata nama khas. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Sebagai warganegara yang taat dan setia kepada negara, kita wajar memahami dan menghayati
kerangka sistem pemerintahan negara yang menggabungkan dua sistem utama, iaitu Raja Berperlembagaan
dan Demokrasi Berparlimen. Pelaksanaan kedua-dua sistem ini diputuskan dalam rundingan
kemerdekaan di London pada 1956/57. Rundingan membabitkan tiga pihak, iaitu Pejabat Tanah Jajahan,
Majlis Raja-Raja Melayu dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC. Ketiga-tiga pihak akhirnya bersetuju
dan memeg ang erat kewujudan sistem pemerintahan negara pascamerdeka. Kemuncaknya ialah
Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di hadapan
Majlis Raja-Raja dan rakyat jelata.
Dipetik dan diubah suai daripada
Peranan Raja-raja Melayu Stabilkan Politik Negara
Oleh Prof. Madya Dr. Kassim Thukiman
BH Online, 15 Jun 2020
(i) Perkataan Ayat
(ii) Perkataan Ayat
(iii) ©PAN ASIA PUBLICATIONS
Perkataan
Ayat
(iv) Perkataan Ayat
(v) Perkataan Ayat
(vi) Perkataan Ayat
(vii) Perkataan Ayat
15
Akronim
• Dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke dalam kata tunggal.
• Dalam buku Tatabahasa Dewan, akronim terdiri daripada empat jenis. TIP SOS
• Contoh akronim ialah Mara, Proton, Petronas
15 15

