Page 12 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 4
P. 12

Latihan 5
             Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
             bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

                    Sebermula adapun akan isteri saudagar itu, telah ia melihat kelakuan raja demikian itu maka katanya,
               “Hai Raja, kepada hati raja, hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu malu dan
               sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba mengerjakan pekerjaan
               yang demikian itu dan lagi tiada diperkenankan oleh Allah sebagai lagi tiada pada segala makhluk, muka
               yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan apalah jawab tatkala di Padang Mahsyar di
               hadapan penghulu hamba Yang Maha Mulia itu. Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan masyhur juga
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
               akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya.”

                                                                                               Dipetik daripada
                                                                                         Hikayat Khoja Maimun
                                                                                   Dalam Antologi Harga Remaja
                                                                                     Dewan Bahasa dan Pustaka




                           Bahasa Melayu Klasik                          Bahasa Melayu Standard

                 Sebermula adapun akan isteri saudagar itu, telah
              ia melihat kelakuan raja demikian itu maka katanya,







              “Hai Raja, kepada hati raja, hamba ini seperti
              perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu
              malu  dan  sopan kepada  segala  manusia  dan  tidak
              takut akan azab Allah Taala.





              Jikalau hamba mengerjakan  pekerjaan  yang
              demikian itu dan lagi tiada diperkenankan oleh Allah
              sebagai lagi tiada pada segala makhluk, muka yang
              mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan
              apalah jawab tatkala di Padang Mahsyar di hadapan
              penghulu hamba Yang Maha Mulia itu.

              Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan masyhur
              juga akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami
              hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya.”








             74
                  Berikut merupakan contoh Bahasa Melayu Klasik yang ditukarkan kepada Bahasa Melayu Standard.
                  •  Tiada diperkenankan oleh Allah – Tidak diredai oleh Allah
                  •  Pekerjaan itu akan masyhur juga – Perbuatan itu akan tersebar juga

             74                                             7474
             TIP SOS
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17