Page 16 - KSN BM Final
P. 16

dapat memberi manfaat, keberkatan serta semangat untuk kita bekerja                                    GANDINGAN MANTAP,
            dengan lebih tekun dan ikhlas, selaras dengan kehendak agama.
                                                                                                            GANDINGAN KESEJAHTERAAN :
            Saya juga ingin mengucapkan, selamat maju jaya dan selamat berjuang
            kepada saudara dan saudari yang akan berlepas ke luar negara tidak lama                          KASTAM MALAYSIA PEMBUKA
            lagi. Please carry our Malaysian flag high, study smart and excel in your
            studies, and do us proud!                                                                                     TIRAI NEGARA






                                                                                                           aya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
                                                                                                           dan terima kasih kepada Persatuan di atas kesudian menjemput
                                                                                                       Ssaya ke majlis yang bersejarah ini kerana selepas majlis ini, tuan–
                                                                                                       tuan, puan–puan dan para perwakilan akan menentukan barisan saf
                                                                                                       kepimpinan persatuan ini.

                                                                                                       Saya juga dimaklumkan bahawa ini merupakan kali pertama dalam
                                                                                                       sejarah KSN hadir dalam majlis anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam
                                                                                                       Malaysia, dan saya percaya ini perlu diteruskan.

                                                                                                       Seperti yang kita sedia maklum, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan
                                                                                                       Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia mempunyai visi dan misi
                                                                                                       masing-masing. Setiap kepimpinan tentu mempunyai gaya masing-
                                                                                                       masing dalam memastikan setiap yang dirancang terhasil dengan jaya dan
                                                                                                       cemerlang. Walau bagaimanapun, kedua-dua organisasi ini yang berada
                                                                                                       di bawah satu bumbung perlu mempunyai sinergi, bergerak dalam satu
                                                                                                       saf yang sama dalam memastikan matlamat dan hala tuju utama berjaya
                                                                                                       dicapai iaitu menjadikan perkhidmatan kastam Malaysia bertaraf dunia
                                                                                                       pada tahun 2015.

                                                                                                       Bagi memastikan Malaysia menjadi  sebuah negara maju menjelang
                                                                                                       tahun 2020, ia memerlukan komitmen daripada semua penjawat awam.
                                                                                                       Komitmen di pihak kerajaan pula ialah dengan memperkenalkan
                                                                                                       Agenda Transformasi Negara melalui program-program seperti Program
                                                                                                       Tranformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

                                                                                                       Saya ingin mengucapkan tahniah  kepada Jabatan Kastam Malaysia
                                                                                                       terhadap usaha-usaha bagi merealisasikan Program Transformasi Kastam
                                                                                                       yang telah diterima baik oleh kerajaan termasuk juga Pasukan Petugas
                                                                                                       Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).



            Amanat Perkhidmatan Awam Sempena Program Transformasi Pegawai ke Luar Negara.
            28 Julai 2012, Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara Kuala Lumpur.

            6     Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                             7
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21