Page 17 - KSN BM Final
P. 17

dapat memberi manfaat, keberkatan serta semangat untuk kita bekerja   GANDINGAN MANTAP,
 dengan lebih tekun dan ikhlas, selaras dengan kehendak agama.
                    GANDINGAN KESEJAHTERAAN :
 Saya juga ingin mengucapkan, selamat maju jaya dan selamat berjuang
 kepada saudara dan saudari yang akan berlepas ke luar negara tidak lama   KASTAM MALAYSIA PEMBUKA
 lagi. Please carry our Malaysian flag high, study smart and excel in your
 studies, and do us proud!        TIRAI NEGARA






                   aya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
                   dan terima kasih kepada Persatuan di atas kesudian menjemput
               Ssaya ke majlis yang bersejarah ini kerana selepas majlis ini, tuan–
               tuan, puan–puan dan para perwakilan akan menentukan barisan saf
               kepimpinan persatuan ini.

               Saya juga dimaklumkan bahawa ini merupakan kali pertama dalam
               sejarah KSN hadir dalam majlis anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam
               Malaysia, dan saya percaya ini perlu diteruskan.

               Seperti yang kita sedia maklum, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan
               Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia mempunyai visi dan misi
               masing-masing. Setiap kepimpinan tentu mempunyai gaya masing-
               masing dalam memastikan setiap yang dirancang terhasil dengan jaya dan
               cemerlang. Walau bagaimanapun, kedua-dua organisasi ini yang berada
               di bawah satu bumbung perlu mempunyai sinergi, bergerak dalam satu
               saf yang sama dalam memastikan matlamat dan hala tuju utama berjaya
               dicapai iaitu menjadikan perkhidmatan kastam Malaysia bertaraf dunia
               pada tahun 2015.

               Bagi memastikan Malaysia menjadi  sebuah negara maju menjelang
               tahun 2020, ia memerlukan komitmen daripada semua penjawat awam.
               Komitmen di pihak kerajaan pula ialah dengan memperkenalkan
               Agenda Transformasi Negara melalui program-program seperti Program
               Tranformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

               Saya ingin mengucapkan tahniah  kepada Jabatan Kastam Malaysia
               terhadap usaha-usaha bagi merealisasikan Program Transformasi Kastam
               yang telah diterima baik oleh kerajaan termasuk juga Pasukan Petugas
               Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).



 Amanat Perkhidmatan Awam Sempena Program Transformasi Pegawai ke Luar Negara.
 28 Julai 2012, Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara Kuala Lumpur.

 6  Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara   7
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22