Page 20 - KSN BM Final
P. 20

Kehadiran Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan barisan kepimpinan                                TRANSFORMASI PERKHIDMATAN
            tertinggi Jabatan Kastam pada malam ini menggambarkan  collective
            ownership, yang mana barisan pengurusan tertinggi Kastam bersedia                              ATAS TALIAN : MEMPERKASAKAN
            mendengar pendapat dan bertukar-tukar pandangan secara konstruktif
            dengan pihak Persatuan, dalam memastikan dasar-dasar yang akan                                         SISTEM PENYAMPAIAN
            dilaksanakan dimiliki bersama.
                                                                                                             PERKHIDMATAN MELALUI ICT
            Bagi pihak penjawat awam, saya ingin mengucapkan ribuan terima
            kasih sekali lagi kepada barisan kepimpinan Jabatan Kastam di atas
            kehadiran mereka yang mencerminkan sikap walk-the-talk, di mana ia
            menunjukkan bahawa musyawarah atau  engagement di antara  pihak
            pengurusan Jabatan Kastam dan persatuan seperti ini amat penting                               ersidangan Chief Innovation Officer (CIO) 2012 yang bertemakan
            dalam proses transformasi perkhidmatan awam. Saya juga menyeru para                            “Nexus of Forces: Convergence of Cloud, Mobility, Social Media and
            pemimpin pegawai kanan kastam di setiap lapisan untuk turun padang                        PBig Data” pada kali ini diadakan buat julung kalinya secara serentak
            bertemu ahli–ahli seperti yang ditunjukkan dan dibuktikan oleh barisan                     dengan Hari Terbuka Transformasi Perkhidmatan Online dan Infrastruktur
            kepimpinan tertinggi negara pada hari ini.                                                 ICT Sektor  Awam. Penganjuran persidangan berserta hari terbuka ini
                                                                                                       menyediakan platform yang terbaik bagi menjana idea dan strategi dalam
            Akhir sekali, dengan lafaz  ‘Bismillahir  Rahman  Nirrahim’ saya dengan                    usaha mengarus perdanakan agenda transformasi digital negara. Majlis
            sukacitanya merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-25                             ini saya sifatkan sebagai begitu signifikan dalam usaha kerajaan untuk
            Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia.                                                   memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan melalui ICT.

                                                                                                       Persidangan CIO menyediakan satu platform yang strategik kepada
                                                                                                       CIO-CIO yang merupakan peneraju program-program ICT dari sektor
                                                                                                       awam dan swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak industri
                                                                                                       untuk berkongsi amalan-amalan terbaik perniagaan, menganalisis trend-
                                                                                                       trend teknologi ICT terkini dan akan datang, berkongsi cabaran dan
                                                                                                       pengalaman bagi membentuk sinergi yang boleh diterjemahkan kepada
                                                                                                       lonjakan  dalam  sistem  penyampaian perkhidmatan  yang  melangkaui
                                                                                                       ekspektasi rakyat dan stakeholders.

                                                                                                       Saya yakin dan percaya persidangan ini akan menjadi wahana kepada
                                                                                                       pencetusan  idea-idea  baharu  yang  kreatif  dan  inovatif  dalam dunia
                                                                                                       ICT dalam usaha mewujudkan sistem penyampaian yang berteraskan
                                                                                                       ketelusan, kemampanan dan keterangkuman. Elemen-elemen ini
                                                                                                       merupakan intisari kepada konsep “Merakyatkan Perkhidmatan Awam”
                                                                                                       yang telah saya ketengahkan.

                                                                                                       Di bawah pendekatan “Merakyatkan Perkhidmatan  Awam”, saya
                                                                                                       menyarankan penjawat awam supaya menyampaikan perkhidmatan
                                                                                                       dengan sebaik yang mungkin, seolah-olah mereka memberi perkhidmatan
                                                                                                       kepada diri sendiri dan anggota keluarga. “Merakyatkan Perkhidmatan
                                                                                                       Awam” mencerminkan keprihatinan Kerajaan dalam memastikan

            Perasmian Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-25 Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia.
            21 September 2012, Shah Alam, Selangor.

            10    Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                            11
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25